6.Selepas waktu sekolah

65 7 5
                                    

Bab 37

POV SHARIFAH ALEYA NADHIRA MAISARAH

Aku sedar bermula hari itu,rutinku berubah.Rutin di mana aku tidak pernah lalui lagi sebelum ini.Semuanya adalah kerana dia.

           23 April.

           Kelihatan langit cerah menyenangkan hati aku yang kosong. Cuaca yang sedang sedang.Sekurang kurangnya tidaklah terlalu panas atau hujan.Aku menuruni tangga blok seperti biasa usai sahaja sesi persekolahan tamat.Namun,tidak sampai ke tanah aku terkesima melihat seorang lelaki berkulit cerah bertubuh tinggi sederhana itu ada di situ,seperti menungguku.Aku terkaku sejenak.

           Iqbal.

           Aku teringat waktu yang sama semalam.Semalam yang mana lelaki itu awal awal lagi sudah menungguku di situ,di tempat yang sama.
Senyumannya mekar dihadiahkan untukku tatkala pertama kali dia memandangku dari atas.Aku membalas sekadar ringkas untuk hargai senyumannya itu.

          Aku tahu di mana lelaki itu ingin membawaku.Seperti semalam juga.Aku akan memasuki bilik asing yang tenang itu.Aku akan menghirup udara yang menghiasi bilik itu.Dan aku akan menikmati pemandangan dua alatan muzik yang tersimpan di sudut bilik.

            PIANO..

            "Leya,jom main?"kemudian aku akan dengar suara ceria yang memujuk aku yang tercegat statik.Aku pandang wajah yang seakan bercahaya disimbah sang mentari daripada sebalik tingkap itu. Sekali aku teguk cecair yang bagaikan tersekat di kerongkong.

            Mungkin...aku patut cuba semula?Dan ulangi lagi kenangan dulu meskipun aku tahu tidak mampu untuk menjadi sama seperti dulu.

            Mungkin aku perlu tenangkan hati aku dan terima apa yang ada di depan mata.

            Termasuk ajakan lelaki itu..

            Lalu aku mendekati piano jenama Yamaha hitam itu perlahan dan melabuhkan punggung di atas bangkunya.Piano sejenis yang lelaki itu guna ada di sebelah pianoku.Iqbal menunjukkan makin lebar senyumannya buat aku,dan aku mula balas setelah hampir lima saat terbuang.

            Aku perlu tukar persepsi aku.Aku perlu optimistik.Sekurang kurangnya untuk menghargai Iqbal.

            Seketika ruang tenang itu berlagu dengan melodi daripada dua piano.Mula mula aku biarkan Iqbal yang bermain dahulu melodinya, sebelum aku pula yang mencelah. Menunjuk skill.Kami ketawa bersama, membuatkan hatiku betul betul seperti pelangi indah selepas hujan.

             Bulan bulan sebelum ini aku tidak pernah rasa sebahagia itu.

             "Leya,ingat tak lagu ni?"tiba tiba Iqbal mendugaku.Aku sekadar fokus terhadap apa yang ingin dia mainkan.Jari jemarinya kelihatan menari di atas mata piano itu, dan sejenak aku tersenyum mendengar melodi itu.Aku ingat.

            "Gurindam jiwa."

            "Pandai.Saya suka lagu ni."

            Makin panjang senyumanku yang kecil tadi mendengarkan luahannya.Gurindam jiwa.Lagu yang mengungkapkan betapa tulusnya cinta yang membunga di antara watak pasangan suami isteri melalui drama zaman P Ramlee dulu.Masakan aku tidak tahu?Aku teringat dulu semasa zaman sekolah pianoku dulu, lagu itulah yang selalu menjadi pilihan untuk aku bermain berbanding kawan kawan sebayaku yang lebih memilih melodi melodi Medley atau Kreisler Rachmaninov.
Lagu Gurindam Jiwa membuat hatiku cukup tenang.

           "Takpe.Nanti saya main lagu tu masa hari karnival nanti."tidak sedar aku mengungkapkan ayat itu,seolah olah aku sudah bersetuju untuk melibatkan diri semasa hari karnival sekolah minggu ke dua bulan lima nanti.

           Aku lihat Iqbal angguk semangat bersama senyuman terujanya."OKEY!"Suka sangat gamaknya dia.

           Keesokan hari dan hari hari seterusnya,aku sudah set dari awal lagi bahawa aku bersama Iqbal akan ke bilik itu lagi.Tanpa sedar,berlatih bersama sama untuk satu objektif. Untuk aku dapat perform dengan sangat baik semasa hari itu nanti.Entah kenapa,tidak lagi aku rasa tertekan memikirkan itu semua.Malah aku juga berfikir untuk berusaha yang terbaik.

          Hari ini,aku memainkan melodi Gurindam Jiwa yang kuulang ulang sekiranya ada yang membuatkan aku tidak puas hati.Sesekali mataku menjeling pada nota not lagu yang dilakar oleh Iqbal sambil jari runcingku terus bermain dengan mata piano itu.Tidak sedar sudah hampir pukul 6 petang ketika itu.Aku menjeling pula ke arah lelaki yang sedang tertidur beralaskan sebelah lengannya di atas meja yang turut disediakan di sebelah pintu.

           Aku perasan lelaki itu nampak penat hari ini.Tidak seperti hari hari sebelum ini.Lalu aku menghampiri mejanya.Waktu pulang sudah tiba.

           "Iqbal.."

          Aku tenung wajahnya apabila panggilan pertamaku tidak disambut.Wajahnya tenang dan kedengaran nafas halusnya tertidur.Tanpa sedar ada satu perasaan yang melatari hatiku.Aku tidak tahu perasaan apa, tetapi aku rasa sangat bahagia melihatnya.

           Aku fikir, aku nak rasa perasaan itu sampai bila bila.

           "Leya..?"tiba tiba matanya terbuka serentak memanggil namaku saat dia memandangku.Aku agak tersentak,terkejut dan risau jika dia fikir aku tenungnya lama.

          "Lama sangat awak tidur.Awak cuma teman saya main 10 minit je lepas tu awak tidur.Sekarang ni dah pukul 6.15 petang.Jom balik?"aku melirikkan mataku pada jam Casio dipergelangan tangan kiriku.

          Aku lihat dia seperti terkejut semata mata mendengar jam berapa ketika itu.Dia mengemas beg sekolahnya ala kadar dan mengajak aku pulang."Jom balik?"

          Aku akur.Kami beriring menuruni tangga blok itu sehingga tika menghampiri pagar sekolah,dia meminta diri untuk berpisah di situ.

          "Leya,saya rasa awak balik dulu?Saya belum solat Asar lagi.Awak nak join?"

          Aku sedikit tergamam. "Erm..takpelah..Saya cuti sebenarnya."

           "Okey!Jumpa esok,Leya!Kita berlatih lagi esok!"

           Aku perhati dirinya yang ke belakang semula,melambai lambaikan tangannya dengan senyuman ceria buatku.Aku kaku di situ,turut melambai tangan.

           "Jumpa esok,Iqbal.Kita berlatih lagi esok."
           

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now