5.NASI LEMAK

65 7 0
                                    

Bab 7

Pulang ke rumah,aku terus masuk bilik tanpa berlengah lagi.Aku sengaja mengunci pintu.Terasa melekit pipiku dan sembab mataku dengan air mata yang tidak henti henti mengalir sejak dalam kereta tadi.Teringat adegan tadi.Mama bukan sahaja membebel atau memarahiku,malah turut menengkingku dengan kata kata yang cukup memedihkan hati.Aku bergaduh dengan Mama tadi dari hospital hingga ke rumah.Aku kecewa dengan Mama.Mama tidak pernah memahamiku.

Selajur aku menyapu cecair yang mengalir di pipi dengan belakang tapak tangan, sebelum menghempas punggung di atas kerusi study.Aku hanya buka lampu study tanpa buka lampu utama.Sejenak aku ternampak pisau pemotong kertas yang kuletak dalam cawan.Dalam hati memikirkan keinginan untuk bunuh diri.

Namun...

'Jaga kesihatan baik baik okey?Sebab,kesihatan yang baik adalah nikmat yang paling ternilai daripada Tuhan.'

Seraya itu aku teringat nasi lemak yang aku dapat tadi.Aku menyelongkar beg sandangku dan mengeluarkan sebungkus nasi lemak surat khabar.Fizikalnya sudah sedikit remuk,tidak seperti tadi,tetapi aku harap sangat di dalamnya nanti keadaan nasi lemaknya baik.

Bungkusan itu kuletak di atas meja study,menghadapku.Termenung sejenak,sebelum mula membuka bungkusan.Terpampang jelas nasi beserta sambal dengan timun,telur dan ikan bilis di atas daun pisang.Aroma sambal yang enak menusuk hidungku,serta merta membuka seleraku.Baru aku sedar perutku berkeroncong.Aku tidak makan sejak pagi tadi semata mata mogok dengan makanan hospital yang tak sedap.

"Bismillah.."aku memulakan dengan doa.Sudu plastik yang disediakan aku guna untuk menyuap nasi lemak itu ke dalam mulutku.Saat terkena lidah,entah kenapa serentak air mataku tumpah lagi.Entah kenapa mudah benar aku untuk menangis.Bahuku terhinjut hinjut menahan esak sambil terus menyuap nasi lemak yang enak itu ke dalam mulut.Aku dapat rasa nikmatnya.

Terima kasih bagi aku nasi lemak ni.Dan...maafkan aku.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now