17.Takut kucing(DIARI)

46 6 8
                                    

Bab 24

*Assalamualaikum readers setia! HAHA..Bagaimana setakat ini?Part/Bab kali ini sekadar diari Aleya untuk satu hari.Tiada yang penting atau istimewa hehe..Terima kasih kerana menyokong dan enjoy ☺*

POV SHARIFAH ALEYA NADHIRA MAISARAH

Suasana pagi Isnin di sekolah bagi aku macam biasa sahaja,sama seperti hari hari sekolah sebelum ini.Suasana yang mendung,langit kebiru biruan menunjukkan waktu itu belum lagi pukul 8 pagi.

            Pertama sekali apabila aku tiba sahaja di sekolah,aku akan turun dahulu dari bas City Liner yang aku naiki.Bas itu ibarat milik aku sepenuhnya apabila aku dihantar betul betul di hadapan sekolah walaupun hanya aku seorang pelajar sekolah itu.Selepas itu,apa yang aku perlu buat hanyalah kerahkan tenaga untuk turun tangga bas dan berjalan sedikit melepasi pagar sekolah.

            Kemudian,di pagar sekolah aku akan jumpa dua orang pengawas sekolah yang menunggu.Kadang kadang aku jumpa pengawas junior,kadang kadang senior atau kadang kadang pengawas yang sebaya denganku juga.Lelaki perempuan aku sudah jumpa.Sama sahaja.Asalkan namanya pengawas,buku nota tebal dan pen akan automatik mereka keluarkan kalau pelajar pelajar biasa seperti kami ini lambat.Kalau yang ekslusif sedikit,mereka akan menyuruh kami isi maklumat sendiri di dalam borang dimerit(borang yang akan menunjukkan bukti salah laku pelajar)

           Tiba tiba aku teringatkan Nurin,junior yang anggap aku sebagai kakak angkatnya.Aku pernah hampir memberikan namaku padanya disebabkan aku lambat lima minit ke sekolah.Aku fikir aku boleh lari,kerana aku yakin ketika itu maruah aku sebagai anak golongan ternama lagi penting daripada memberikan nama atas sebab langgar peraturan?Tetapi salah tetap salah.Aku akhirnya rendahkan sedikit maruah aku yang konon tinggi itu apabila aku sedar aku akan lebih teruk daripada orang orang miskin kalau aku sengaja menidakkan kesalahan yang aku telah buat.Nah!Lepas itu ada satu tawaran yang aku tak pernah jangka apabila kerana peristiwa itu aku dan Nurin menjadi rapat dan aku diangkat sebagai kakak angkat.Epik,bukan?

          Okey,berbalik kepada rutinku.Aku fikir hari Isnin ini akan menjadi lebih kurang sama sahaja dengan hari hari lain,tetapi ternyata meleset rupanya.Pagi pagi lagi aku sudah murung hanya disebabkan seekor haiwan yang bermula di pagar sekolah.

          KUCINGG!!!

          Hari yang sepatutnya biasa bagi aku tetapi bertukar 'nightmare' apabila tiba tiba 'makhluk' berbulu itu seakan cuba menerkamku dengan larian lajunya.Aku tidak tahu apa yang berada di fikiranku waktu itu,selain berfikir untuk menjerit sekuat hati.Sudah tidak peduli dengan mata mata orang sekeliling yang melihat aku.Apabila kucing itu pergi,aku sempat perhati sekeliling.Masa ini,mulalah rasa kebas muka apabila lihat reaksi terlopong semua orang.

            AKU BENCI KUCING!

            Kali kedua pula adalah di perhimpunan.Seperti biasa,aku akan duduk di barisan kelasku sambil menongkat dagu menahan kantuk mendengar bebelan pengetua.Hampir tertutup kelopak mata hingga aku tak sedar seakan ada 'makhluk berbulu' yang datang menghampiriku.Aku tidak sedar sejak bila dia duduk berehat di sebelah  sehinggalah aku dengar bunyi 'meow'.Kerana terkejut,sebelah pehaku terangkat dengan automatiknya,semata mata untuk mengelak daripada makhluk itu terkena pada kain sekolahku.Aku fikir dia akan pergi atau duduk sahaja di situ tetapi tidak.Entah apa masalahnya,dia melompat terus ke kaki,semacam sengaja menaikkan hormon adrenalin.Aku balas dengan,"pergi!!"lalu tindakan refleks mencampak makhluk berbulu itu ke tepi.Sekali lagi aku dapat tenungan pelik daripada semua orang.Malunyaa akuuu..

           Kali ketiga di kelas.Kali ini tiada apa yang memalukan,kerana aku janji untuk kawal diri.Sedang aku cuba fokus apa yang Cikgu Lim ajar Sejarah di depan,aku ternampak satu bayang bayang di koridor yang automatik buat aku cuak.Automatik badan aku menegak.Tak tahu kenapa,aku dah rasa trauma hanya kerana hari ini sahaja.Tapi aku paksa tahan diri.Rilek,Leya.Rilekk..Aku cuba tumpukan sepenuh fokusku pada subjek Sejarah di hadapan.Waktu ini,aku lebih rela belajar subjek paling bosan dalam dunia itu berbanding melihat ke luar.Makhluk itu sudah pergi melepasi kelas.Selepas bayang bayang ekor berbulunya itu hilang dari pandangan,aku dah hembus nafas lega dah.

           Dan yang terakhir apabila aku berada di dalam bas untuk balik ke rumah.Hujan lebat di luar bagaikan tiada penghujung.Namun,ada satu benda yang aku tertarik waktu itu.Melihat itu,aku jadi kaku.Aku nampak tiga orang yang aku kenal,orang yang sentiasa bermain di fikiranku sejak dua menjak ini,yang berada di seberang jalan.Tanpa bicara pun,aku kenal insan insan yang berada di kawasan longkang itu.Idzwan.Nurin.Dan,Iqbal.Aku nampak meski hujan masih tidak putus putus,namun wajah mereka tetap menunjukkan keriangan,sesekali mereka tertawa.Tanpa sedar,aku cemburu.Lebih lebih lagi apabila melihat Nurin yang menyertai dua orang remaja lelaki itu.Sejak bila gadis beruniform biru itu menjadi rapat seperti itu?Serapat manakah mereka?Soalan soalan itu aku tahu aku tidak mungkin akan tanya biarpun aku berdepan dengan mereka sekali pun.Aku anggap Nurin mungkin ada hubungan istimewa dengan salah seorang lelaki di situ.Mungkin dengan Iqbal memandangkan mereka berdua sekelas.Tiba tiba aku nampak Iqbal turun ke dalam longkang.Entah kenapa,aku jadi kejang.Iqbal terjatuhkah?Atau,buat apa dia turun ke dalam longkang itu?Tetapi nampak tiada siapa yang menolong.Tiba tiba lelaki itu keluar semula daripada longkang,lega hatiku tanpa sebab.Namun,seketika
aku nampak makhluk berbulu bersaiz kecil yang aku paling takut selama ini berada di dalam pelukannya.Terlopong mulutku.Iqbal keluarkan seekor anak kucing?Dia kemudiannya menyerahkan pada Nurin dan gadis itu nampak akur untuk pegang anak kucing itu.Melihat itu,entah kenapa aku mencengkam kedua belah lutut,menggigit bibir.

           Sehingga bas aku mula bergerak,meninggalkan figura tiga insan itu ke belakang.Waktu ini aku rasa sedih.Aku tidak pasti kenapa.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now