7.Tebus balik

67 6 0
                                    

bab 10

Deringan loceng sekolah yang nyaring itu menandakan waktu rehat bermula.Dan aku turun dari kelas dengan satu tujuan.Agak janggal orang lain melihat aku keluar dari kelas bila tibanya waktu rehat kerana kebiasaannya aku lebih suka lepak di dalam kelas sahaja,sambil ada kalanya saje saje study atau siapkan kerja sekolah.Bagi aku,turun ke kantin yang ramai orang itu memang merimaskan.Kalau aku lapar,roti yang aku bawa dari rumah yang menjadi peneman di dalam kelas.

Namun untuk hari ini aku mahu tebus semula kesalahan gilaku.Mengabaikan itu membuatkan hati aku tak tenang,hatiku merusuh bagai dilanda ombak ganas.Jadi aku terus ke pejabat di blok D tingkat dua.

Di situ juga terletak bilik disiplin dan bilik kaunseling.Tidak ramai pelajar datang ke situ,sudah dapat diagak.Kalau tiada urusan,pelajar pelajar pun tidak ingin untuk ke situ kecuali para pengawas yang bertugas di bilik kaunseling.

"Cikgu,saya nak err..saya nak..."

Aku bertemu dengan timbalan guru disiplin yang kebetulan singgah di situ apabila tidak jumpa orang yang berkenaan.

"Ya?Sharifah nak apa?"

Aku memberitahunya bahawa aku mahukan borang dimerit pelajar."Saya..nak borang dimerit pelajar?"pada mulanya guru wanita separuh umur itu agak tercengang dengan permintaanku yang tidak disangka.

"Borang dimerit pelajar?Awak nak buat apa?"

Tarik nafas,hembus."Saya ada buat kesalahan hari ni."

Mendengar jawapanku itu akhirnya guru bernametagkan Puan Hasmah itu akur untuk menunaikan permintaanku.Dia membuka laci pada meja utama dan membelek belek sekejap di dalamnya yang penuh dengan kertas yang aku tak tahu sebelum menyerahkan sehelai kertas yang bercetak.Borang dimerit pelajar yang salah satunya aku koyak tadi.

"Terima kasih."

"Sama sama Sharifah.Hm,cikgu terkejut awak boleh serah diri awak bila awak buat kesalahan.Jarang ada pelajar yang jujur dan bertanggungjawab macam awak.Bagus."dia memujiku dan aku tidak merespon sebaliknya hanya senyuman nipis sahaja sebagai rasa hormat kepada guru itu sebelum meneruskan fokusku pada borang itu.Pen biru yang aku sentiasa bawa di dalam kocek baju kurungku kuguna untuk menulis butir ayat di dalam kotak kotak yang tertera pada borang itu.

"Okeylah.Cikgu keluar dulu ye?Nanti awak masukkan sahaja dalam laci tadi."dia pamit dan aku sekadar angguk.Walaupun aku sekarang ini makin berperangai biadap,tetapi aku rasa aku perlu juga simpan nilai hormatku untuk golongan tertentu.

Aku menghabiskan isi yang berbaki sementara tiba tiba terdengar guru tadi menegur seseorang di ruang pintu bilik yang terbuka.Ada seseorang yang datang.Aku tiada niat untuk menoleh sebelum selesai urusan.

Kami memandang antara satu sama lain dengan badan statik dan gadis itu yang menunjukkan reaksi terkejut dengan kehadiranku sedangkan aku hanya berwajah selamba.

"Akak.."

Aku tidak ambil pusing tentang dirinya,sebaliknya rasa ingin cepat cepat selesaikan urusan dan keluar.Aku meletakkan borang tadi di dalam laci seperti yang dipinta sebelum mula beredar meninggalkan bilik itu,dan sudah pasti meninggalkan Nurin yang terkebil kebil melihatku.Entah kenapa,malu sangat rasanya aku pada dia.Mengingatkan ungkapan aku pagi tadi membuatkan mahu sahaja aku cepat cepat lari jauh dari tempat itu(jauh daripada pengawas juniorku itu)

Aku sehabis baik untuk beriak biasa sahaja,agar tidak nampak terlalu gelabah hingga tidak sedar sekali lagi aku hampir bertembung dengan dua orang pelajar.Dan kali ini mataku betul betul terbuntang.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now