7.HIKING

95 6 12
                                    

Bab 38

-SAMBUNGAN BAB 36-

Dia keluar daripada kamarnya serentak matanya mengerling pada jam dinding besar yang tergantung. Pukul 6.20 pagi.Dibetul betulkan sekejap kedudukan beg sekolah yang digunakan untuk ekspedisi pagi itu.

            Ekspedisi mendaki bukit..Itu yang sepupunya Iqbal beriya iya ingin mengajaknya dengan kawan sekelasnya Aleya semalam.

           Dia teringat pagi semalam sepupunya datang ke kelasnya semata mata ingin mencadangkan mereka bertiga berhiking pagi Sabtu itu.Pada mulanya dia ragu ragu untuk bersetuju tetapi melihatkan keterujaan lelaki itu dan tambah pula disokong oleh kawan sekelasnya Aleya,dia akhirnya terima jua walaupun tidak begitu ikhlas.Lagipun tercabar juga dia apabila Aleya suka hati mencadangkan supaya hanya gadis itu dan sepupunya sahaja yang pergi.Dia tidak ikut.Mana boleh!Ke mana sepupunya pergi,dia mestilah ikut!

Iqbal pulang dari sekolah semalam sudah dilihat mood happynya lain macam,sehinggalah waktu meminta kebenaran Nenek waktu makan malam semalam.Dia pula?Hanya perhati tanpa membantu.Kononnya itu idea Iqbal,biar dia sahaja yang selesaikan dengan nenek mereka.Dia lihat semalam sepupunya beriya iya memujuk nenek mereka untuk membenarkan hingga akhirnya Nenek bersetuju meskipun dia tahu wanita itu masih berat hati.

           Namun,kalau ingin soal dirinya pula?Tipu kalau dia kata tiada langsung sekelumit rasa teruja dalam hatinya lantaran aktiviti outdoor memang diibaratkan permainannya sejak dulu lagi.Teringat ketika sekolah rendah sebelum dia berpindah ke rumah Nenek,macam macam aktiviti mencabar dia ikuti.Rombongan sekolah.Bersama kawan kawan.Bersama keluarga.Solo.Dia sudah biasa.Tapi...

           Pada masa yang sama,untuk kali itu terasa berat hatinya.Dia teringat baru kelmarin Iqbal tidak begitu sihat. Lelaki itu pulang dari sekolah waktu senja dan nampak keadaannya tidak bermaya.Lelaki itu terlalu penat sehingga satu malam dia hanya tidur kepenatan melainkan waktu solat.Dia tahu seminggu lebih yang lepas tujuan lelaki itu kerap stayback di sekolah.

          Disebabkan itu,dia ragu ragu lelaki itu boleh ikuti aktiviti berat atau tak.

           "Wan,kau ni kuat berangan sangatlah."tiba tiba ada satu tangan yang hinggap di bahu kanannya lembut,sekali gus mematikan lamunan panjang Idzwan.Spontan dia menoleh di sebelah.Iqbal menghadiahkan senyuman manis untuknya.

            Sempat juga dia tersengih. Semangat betul lelaki itu dengan beg sekolah gemuknya itu.

            "Lambat sangatlah kau ni!"

            "Sorrylah tadi sempat aku siapkan dua soalan Math sekejap.Mana Nenek?"

            Idzwan sengih lagi.Sempat mamat ni.Iqbal menoleh kiri kanan mencari keberadaan Nenek.

            "Tak payah nak cari sangatlah.Nenek dekat dapur sana.Siapkan bekal untuk kita kot?"

            "Seriuslah?Waa untungnya Nenek bagi kita bawa bekal!"

            Lalu lelaki itu ke dapur seperti yang Idzwan beritahu.Mahu berjumpa dengan nenek mereka dahulu sebelum bertolak ke stesen bas.Janji dengan Aleya jumpa dekat stsen bas dekat dekat dengan kawasan sekolah pukul 7 pagi.

            BIP..BIP..

            Tiba tiba deringan daripada Samsung S IInya menjerit daripada kocek seluar,lantas dicapai.Ada masuk mesej.Dibuka.

             'Salam Wan.Dengar cerita korang  pergi hiking hari ni.Waa seronoknyaa..Tapi malangnya aku Sabtu dengan Ahad ada kursus pengawas.Tak dapat nak join korang..(crying)' -Nurin kecix-

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now