8.Kenapa

68 6 7
                                    

Bab 40

"IQ?IQ.."

            Idzwan menerpa,melutut di sebelah Iqbal yang terkulai kaku di atas tanah.Perasaan takut yang serta merta menular di hatinya menyebabkan tangan Idzwan terasa menggigil.Namun bahu kanan sepupunya masih digoncang berkali kali sambil terus memanggil nama,yang pada mulanya perlahan tetapi menjadi separa kuat tatkala tiada respon

            Ya Allah, apa patut dia buat sekarang untuk sepupunya?

             Aleya yang melihat terasa kaku seluruh tubuhnya serentak kakinya kejang untuk bergerak dan dia statik di situ tidak mendekati bantu apa yang patut. Berpinar pinar kornea matanya melihat adegan yang tidak diduga. Baru tadi dia lihat Iqbal ceria seperti selalu, mendaki serta menuruni bukit bersama sama sebelum tiba tiba Iqbal rebah tanpa isyarat.Saat itu dia terasa blank.

           "Iq?Iq kau dengar tak aku?Iq?"berharap supaya Iqbal dapat dengar suaranya walaupun sayup sayup dan sudah pasti dia yakin lelaki itu akan berusaha untuk sedar, menyahut panggilannya.Namun, tidak. Idzwan menarik bahu kiri sepupunya supaya berbaring memandangnya. Mungkin boleh lebih stabil. Namun saat itu serentak terbuka luas mata Idzwan.

           "HAH KENAPA TU!"

           Aleya baru ingin memaksa diri untuk mendekat,tetapi tidak menjadi apabila ada seorang pengawal keselamatan yang tiba tiba muncul lalu menyoal apa yang dia nampak. Dia yang mula jelas terus menerpa.

           "Sepupu saya..sepupu saya..Dia rebah lepas kami sampai sini."Idzwan mengadu pada lelaki separuh umur itu.Sempat dia melirik pada Aleya yang seakan masih terkejut di sebelah kanannya.Wajahnya juga sudah tidak dapat dilindung lagi perasaan takut dan debaran yang bagaikan paluan kompang di hatinya.Lebih lebih lagi apabila melihat keadaan sepupunya yang agak teruk itu.Wajahnya pucat lesi,tidak seperti tadi dan bibirnya membiru,bagaikan lebam.

            Dalam hatinya tidak putus putus berdoa agak Iqbal selamat dan okey seperti biasa.Tentu Nenek akan sangat risau.

            "Awak pergi call siapa siapa untuk bagi bantuan.Ada handphone kan?Call ambulans,call ambulans sekarang.Biar Pakcik jaga sepupu awak dekat sini!"

             Arahan itu selajur menyentakkan lamunan Idzwan.Dengan kalut dia akur dan terus bergerak ke lorong keluar untuk mencari line.Aleya sekadar perhati tidak dapat berbuat apa apa.Sementara Pakcik tadi sedaya upaya tenang bertindak memeriksa nadi di pergelangan tangan dan di leher mangsa yang terlentok ke tepi itu.

           Tangannya menggigil mencari nama orang penting dalam list contact.Dr Haris.Debaran yang makin memuncak di hatinya menyebabkan nafas Idzwan tidak teratur.Kusut.Dia melekapkan Samsung S II itu di telinganya,menunggu panggilan bersambut.

           Dalam hatinya bergelora dengan perasaan bercampur aduk. Teringat wajah Iqbal yang di rumah tadi semangat dan ceria tetapi berubah pucat lesi dengan bibir membiru baru sahaja tadi.Sekelip mata.Dia tidak mahu jadi apa apa pada Iqbal.Dia tidak akan memaafkan dirinya jika itu berlaku.

          'Iq,semua ni salah kau. Semuanya salah kau. Kau jangan berani berani nak mengalah. Kau jangan nak buat kejam dekat aku Iq. Siap kau nanti..'-Idzwan

*****

Aleya menuruti langkah Idzwan yang nampak serabut sejak hantar Iqbal ke rawatan kecemasan tadi.Dia lihat sendiri adegan itu yang tidak pernah dia alami sebelum ini.Iqbal yang dia kenal amat berlainan untuk hari ini. Masih keliru dengan apa yang terjadi, tetapi perasaan gusarnya dia pasti sama banyak dengan lelaki itu.

            Dia berdiri,merenung Idzwan yang sudah memanggung kepala dengan tangan di tempat menunggu itu.Syukur tidak lama selepas itu,ambulans tiba dan terus hantar ke hospital yang terdekat.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now