18.MALAM ITU

71 7 1
                                    

Bab 25

"Hujan lebat ni..Kau gerak dulu,Iq.Aku nak pinjam payung besar sikit untuk aku dengan Nenek."

          Mendengar cadangan itu Iqbal angguk,bersetuju untuk gerak dulu ke depan demi pulang ke rumah selepas selesai mereka bertiga menunaikan solat maghrib dan isya di masjid itu.Kebetulan dia ada bawa satu payung walaupun bersaiz kecil,takut takut kalau hujan turun nanti.Manakala Idzwan dan Nenek mereka pula perlukan payung lebih untuk mereka guna.Nasib baik di masjid itu ada menyediakan perkhidmatan meminjam payung walau hanya untuk sehari.

          "Bagitahu Nenek aku tunggu dekat stesen bas sana."Iqbal menudingkan jari tepat ke arah stesen bas yang ada di pembahagi jalan tidak berapa jauh daripada masjid.

          "Wokey.Beres.Tunggu kitorang sekejap tau."

          Iqbal tidak bercakap banyak,sebaliknya langkahnya bergerak tenang ke arah stesen bas yang ada lampu jalan di sebelahnya.Dapat dirasakan rintikan hujan semakin lebat menghentam permukaan payungnya.

          Namun saat dia ke situ,kakinya seakan kejang,lalu berhenti statik di tepi stesen bas itu.Matanya merenung seseorang yang sedang kebasahan di bawah bumbung itu.Gadis itu turut memandangnya.Masing masing tergamam untuk seketika,di bawah rintikan hujan yang tidak kurang lebatnya.

           "Kak Leya..?"

           Bibir Aleya seakan terkunci semata mata tidak sangka dapat bertemu lelaki itu,di tempat asing seperti itu.Saat itu dia terlupa sekejap matanya yang sembab kerana dia menangis tadi.Kesejukan tubuhnya bermandi air hujan tadi membuatkan tubuh kurus dan bibirnya terasa menggigil,tetapi dia seperti terlupa semua itu.

           "We Iq,kau tahu tak?Nasib baik dekat masjid ada payung khas untuk dua orang.Memang kena betul aku nak kongsi dengan Nenek."

           Tiba tiba suara Idzwan bergema,memecah keheningan di antara mereka berdua.Spontan Iqbal menoleh ke belakangnya dan lihat sepupu dan neneknya sama sama berlindung di bawah payung pelangi yang agak besar saiznya.Mereka menghampiri Iqbal yang dikatakan menunggu,tetapi tiada sebarang respon yang keluar daripada kotak suara Iqbal.

           "He kau ni kenapa pandang kitorang macam tu?Kau ni memang saje kan..

           "...Saje nak buat aku dengan Nenek rasa-"

           "Aleya?"kali ini Idzwan pula yang tercengang melihat rakan sekelasnya yang bersendirian di situ,siap dengan basah basah lagi.Perempuan ni mandi hujan ke tadi?sempat lagi hatinya berbisik.

         "Kau buat apa sorang sorang dekat sini?"soal Idzwan.

          Aleya bisu.Dia tidak menjawab soalan Idzwan yang kedengaran prihatin itu.Sehinggalah apabila Nenek kepada dua orang lelaki itu datang mendekat di sisinya sebelum memeluk bahu basahnya.

         "Anak ni okey?Cuba bagitahu Nenek,dari mana nak ke mana ni?"

          Aleya masih diam walaupun Nenek itu sudah menyoalnya lembut.Dia menundukkan kepala.Bila mengingatkan kenapa dia berada di situ,automatik hatinya menderita.Dia rasa ingin menangis serta merta.

        "Siapa nama anak?"soal Nek Tijah yang bertelekung itu lagi selepas soalan pertamanya gadis itu enggan jawab.

        "A-Aleya."

        Jawab juga akhirnya.Nek Tijah tersenyum simpul,sambil diperhati oleh dua orang cucunya.

         "Aleya jom ikut Nenek?Kita balik rumah Nenek.Dekat luar sejuk sejuk ni tak bagus untuk kesihatan.Lagipun habis dah baju Aleya basah kuyup.Nanti pinjam baju Nenek."Nek Tijah masih berusaha memujuk Aleya dengan menawarkan rumahnya untuk gadis itu singgah dahulu.Aleya tidak berkata apa.Dia sekadar pandang Nenek itu dengan matanya yang masih berkaca."Aleya dah makan ke belum ni?"

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now