6.Masuk sekolah semula

65 6 0
                                    

Bab 8

"Tunggu dulu,Akak!"

Serentak itu bagai satu arahan,langkah kakiku terhenti.Aku tak terlepas rupanya sejurus mendapat panggilan daripada pengawas yang menjaga pagar.Aku melepaskan keluhan rimas sementara menunggu pengawas beruniform biru itu datang mendekatiku.

"Akak dah lambat 5 minit ni kak."beritahunya,buat aku bertambah bosan.

"Tahula."

"Saya terpaksa ambil nama akak untuk penalti datang lambat ke sekolah.Jadi,ini.."dia mengambil sehelai kertas demerit pelajar untuk aku tulis namaku.Aku membuahkan jelingan."Akak tulis nama dekat kertas ini ye?Dan ni pen sekali."

Aku mencapai helaian kertas itu kasar lalu menunjuk pada gadis bernametag tingkatan 3 itu,bersama senyuman sinis.Pen yang dihulurnya tidak berusik.Selajur itu,SKRAKK!Dengan sekali percubaan sahaja kertas itu terpisah dua.Aku suka tengok wajahnya yang terkejut besar.

"Akak!Apa ni?"

"Hey kecohlah.Datang lambat 5 minit je pun."aku sudah diibaratkan samseng sekolah,tidak takut lagi untuk melanggar peraturan sekolah.Sedangkan hakikatnya semua pelajar tahu bahawa lambat seminit pun tetap dikira salah,termasuk aku.Tetapi kali ini,aku sudah tak kisah langsung.

"Tak boleh macam tu Kak.Salah tetap salah.Lewat seminit pun saya akan ambil nama dia."dia tidak mahu mengalah.

"Kau tahu tak siapa aku?"

Soalan itu akhirnya berjaya mendiamkan pengawas bertudung itu daripada terus bertekak dengan aku.Mataku bulat memandangnya.

"Aku ni anak bussinessman yang dah berjasa dekat negara dan duta negara tau.Aku ni anak dato dan datin.Jadi siapa kau nak tulis nama aku?"aku tidak sedar apa yang aku bicarakan.Aku seakan mendabik dada,seolah olah bangga dengan keturunanku yang bertaraf tinggi.

"Nurin,kenapa tu?Ada apa apa masalah ke?"tiba tiba muncul seorang guru disiplin menyampuk.Fokusnya adalah pada anak buahnya yang bernama Nurin,kalau kalau ada masalah yang tak dapat diselesaikan sebelum matanya beralih pula padaku.

Tanpa disangka,matanya terbuntang luas memandangku."Sha-Sharifah?"gelaran utama yang menjadi salah satu namaku disebut.Nama itu jarang digunakan oleh orang yang ingin memanggilku kerana aku sendiri yang kurang suka dengar nama ekslusif itu.Saat ini walaupun tidak suka tetapi kubiarkan sahaja demi kepentingan.

"Apa yang Sharifah dah buat?"soalnya menuju pada anak buah yang sudah tertunduk menekur kasut.

"Akak ni..Err..Sharifah datang lambat ke sekolah,cikgu."

Aku membuang pandang.

"Lambat?Berapa minit lambat?"

"Lima..Lima minit."

"Lima minit?Lima minit pun nak berkira ke?Hah!"tidak fasal fasal pelajar itu dilepaskan kemarahan.Terhinjut bahu Nurin yang sedikit terperanjat dengan jerkahan guru botak tengah itu.

Tidak mahu terus berlama di situ,aku terus meninggalkan dua manusia itu untuk terus ke perhimpunan.Dah dekat jam 8 pagi.Nanti tidak fasal fasal perhimpunan pagi pula aku terlepas sementara melayan drama tidak berfaedah ini.

Bab 9

Aku melangkah ke lantai kelas 4 Alfa(kelas aliran Sains tulen yang dikagumi) dengan wajah selamba.Tidak perasan dengan mata mata yang merenungku sehingga aku menjatuhkan beg dukungku di tempatku.Aku melabuhkan punggung dan menongkat dagu.Tempatku adalah nombor 2 dari belakang,bersebelahan tingkap.Sebelum aku melemparkan pandangan kosong ke luar tingkap,sempat aku menoleh ke arah segenap ruang kelas.Masing masing menumpahkan pandangan mereka ke arahku,agak lama.

Meski janggal,namun aku endahkan sahaja.Aku memang selama ini tiada kawan bukan sahaja di kelas itu malah boleh dikatakan satu sekolah tidak berminat untuk menjadi kawanku kecuali segelintir yang ingin tumpang nama sahaja yang terhegeh hegeh.Jadi aku sudah terbiasa menjadi halimunan di sekolah itu,tanpa ada siapa yang perasan kehadiranku.Duniaku adalah duniaku.Namun kali ini agak aneh apabila semua budak di kelas itu memandangku lama.Mereka aku sudah lihat seperti pejal yang sudah beku,tidak berganjak daripada terus memandangku.Namun,ada juga yang kelihatan berbisik bisik sesama sendiri.

Aku syak gosipku sudah tersebar.Aku mengusap leherku yang terdedah daripada rambutku yang kuikat satu.Mereka sudah tahu aku masuk wad kerana tidak makan dua hari?Siapa yang sebarkan?

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap di sebelah.Tak semena mena aku ternampak pengawas tingkatan 3 tadi.Nurin namanya yang sempat aku dengar

Teringat kata kataku tadi,betapa bongkaknya memberitahu siapa Mama dan Papa.Aku tidak sangka mulutku laju sahaja mengingatkan gelaran Mama dan Papa semata mata demi kepentingan peribadi sedangkan gelaran itu yang paling aku benci.Malu rasanya.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now