15.SEMINGGU

39 7 4
                                    

Bab 51

Kalau tengok pada kalendar, lagi seminggu dan kemudiannya cuti sekolah. Rasanya semua tidak lagi sabar untuk menunggu waktu berehat. Atau buat benda yang mereka nak buat dah lama.

Tetapi, dalam seminggu ini macam macam boleh buat. Kalau hargai masa yang ada dan gunakannya, banyak perubahan yang boleh buat untuk masuk penggal baru nanti.

*****

Jam 8 pagi itu, perlawanan bola sepak terlihat berlangsung di padang sekolah. Hal ini bagi membuat saringan untuk pelajar-pelajar berskill yang akan dihantar mewakili sekolah mereka melawan sekolah lain nanti. Pokoknya, selepas naik cuti nanti mereka berjuang dalam pasukan.

          Selalunya Idzwan akan turun menyertai pemilihan saban tahun, meskipun namanya sudah pun disimpan dalam rekod couchnya sebagai antara pemain yang wajib dihantar kerana bakatnya yang usah disangkal lagi. Namun, tahun itu dia pelik kerana sepupunya turut memberi nama. Sepupunya Iqbal yang jarang bermain melainkan hanya menemaninya setiap petang di padang kampung mereka, dengan yakinnya membuat keputusan untuk menyertai pemilihan itu. Katanya,

            'Aku rasa macam nak main tahun ni. Mana tahu aku ada bakat sebab teman kau main tiap petang. Kan?' - Iqbal.

            Hm, tidak pelik. Sebenarnya rasa teruja dengan idea tiba tiba Iq itu. Jadi dia pula yang rasa semangat dan berharap sangat sepupunya turut terpilih berjuang bersama samanya nanti. Dia akan bantu lelaki itu sepanjang cuti sekolah nanti, biar dia jadi macam tentera Jepun. Kerah sampai kering . Hm!

           "Saya nak tanya, yang budak baru form 3 tu siapa nama dia?" - Cikgu Firdaus, couch.

           "Iqbal. Kenapa, Cikgu?" - Idzwan.

           "Saya macam nampak potensi dia tadi. Nanti awak boleh tak minta dekat dia dan bagi dekat saya nama penuh, kelas dia petang ni ? Tapi sebab dia baru lagi, saya nak pantau lepas cuti ni dulu. Boleh?"

            Berita itu sampai di telinga Idzwan secara berdepan sejurus tamat sahaja permainan, sekali gus melabarkan senyuman gembiranya hingga ke telinga. Lalu dia mengangguk teruja, "Beres, cikgu! Nanti saya bagi nama dengan kelas dia dekat cikgu." akur.

            Ini berita gembira untuk Iq. Tak sabar untuk mengabarkan berita itu kepada lelaki itu. Tak sabar nak tengok zaman kegemilangan lelaki itu. Zaman di mana sudah lama dia dan Nenek tidak lihat mewarnai hidup lelaki itu.

            Aleya nampak kawan baiknya sertai pemilihan itu. Terkejut juga rasanya kerana tidak pernah dia tahu lelaki itu berminat dengan sukan itu melainkan Idzwan yang dia tahu sangat obses dengan bola sepak.

            Namun begitu, rasa teruja melihat Iqbal bermain pagi itu sampaikan terlupa sekejap dia ada kelas  sedang berlangsung.

            Nurin bersendirian di tempat duduknya. Bunyi bising kelas yang tiada guru langsung tidak menggugat ketenteramannya apabila dia sedang kusyuk membelek kertas demi kertas yang berconteng dengan tulisan penuh satu muka surat.

           Dia menjeling sekilas pada satu tempat duduk kosong di kawasan belakang kelas, terus membuatkan bibirnya tergaris senyuman. Masih segar semalam dia berdua dengan lelaki yang sedang dalam pemilihan bola sepak itu bersama sama mengulangkaji. Naik cuti nanti peperiksaan pertengahan tahun bakal berlangsung. Karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama sama mereka lunaskan semalam.

           Nurin sedar sahabatnya itu banyak ketinggalan dalam pelajaran. Jadi dia yang membantu lelaki itu mengejar semula dan mengisi lompong pelajaran mereka. Kalau tidak kerana peperiksaan terdekat ini, tidak lupa dengan peperiksaan besar PMR yang mereka bakal tempuh hujung tahun nanti.

          Dia percaya lelaki itu boleh buat.

*****

          Baginya, dia mahu buat yang terbaik. Dia sedar, macam macam yang belum lagi dia lakukan selama ini. Jadi dia bertekad untuk membuat perubahan. Biar dia lambat daripada orang lain, biar minggu ini menjadi titik permulaan untuk dia bangkit menjadi seorang remaja sebenar dan berlari selepas cuti sekolahnya nanti.

           Dia tidak akan mengalah. Dia janji, dia tidak akan mengalah.

           Kerana..

'Seperti pokok lalang, biar sekuat mana angin menolak atau menekan, dia tidak akan membiarkan dirinya tumbang ke tanah.'

(Pulang dari sekolah, sempat Iqbal memberhentikan langkah di satu taman. Dia memerhati liang lentuk lalang yang disapa angin, membuatkan tanpa sedar  bibirnya tersenyum. Lama, sehingga Idzwan, Nurin dan Aleya memanggil namanya dari beberapa langkah ke depan, mereka mula menyambung perjalanan pulang bersama sama.)

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now