3.Tak faham bahasa

97 7 2
                                    

Bab 4

"Awak lapar tak?"

Aku tidak menjawab.Aku bagaikan disumpah oleh sang Kelembai,hanya mematung memandang seorang lelaki melayu yang aku langsung tak kenal.

Sebenarnya, aku tak dapat menangkap niat sebenarnya yang tiba tiba datang menyoalku sama ada aku lapar atau tidak tanpa mukadimah(memperkenalkan diri).Soalan lelaki itu seolah olah dia kenal aku pula.Ee,menakutkan.

"Hmm..Saya ada beli lebih satu nasi lemak.Tak tahu nak bagi siapa.Saya ternampak awak dekat sini.Kalau awak tak makan lagi,rezeki awaklah dapat nasi lemak ni."agaknya kerana aku tidak memberi sebarang respon terhadap tawarannya tadi,tanpa disuruh dia menerangkan.Dia agaknya fikir aku masih blur lagi.Aku masih perhatinya yang mengeluarkan sebungkus nasi lemak daripada plastik merah itu dengan kerutan di dahi. "Sedap tau nasi lemak ni.Jarang nak jumpa nasi lemak kukus tau sekarang ni.Nahlah."

Kali ini dia menghulur nasi lemak yang dibalut dengan surat khabar itu pada aku,siap dengan sudu lagi.

Aku memandangnya tajam.Tidak menyambut nasi lemak. "Kita ada kenal ke?"

Err..Aku perasan air mukanya sedikit berubah, namun senyumannya masih terhias.Perlahan lahan dia menarik semula tangannya yang menghulur nasi lemak itu.Agaknya terkesan dengan kesombongan aku.

"Kalau tak kenal,jangan suka suka hati datang dekat.Please mind your own bussiness.Will you?"

Sejurus itu aku melemparkan pandangan ke depan semula.Aku jangka dia akan cepat pergi dari situ.

Namun,meleset.Dia masih di situ dan kembali menghulur nasi lemak itu ke arahku.Masih berdegil rupanya.

"Saya ikhlas nak bagi awak rasa nasi lemak ni.Saya..takde niat lain.Awak anggaplah ni rezeki awak ye!Nanti bila awak lapar,awak bolehlah makan nasi lemak dari luar hospital.Awak tak payah makan makanan hospital yang..hehe kurang sedap tu.."

Berang aku.Dia ni memang tak faham bahasa!Aku berdiri seraya menolak tubuhnya kuat hingga dia terdorong ke belakang. "TAK FAHAM BAHASA KE?SERABUTLA!"

Lalu aku pergi dari situ,tanpa sempat menyaksikan fenomena matahari terbenam.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now