2.Awak lapar tak?

95 6 0
                                    

Bab 3

Dua hari aku ditahan di wad memandangkan masih tiada kata putus daripada doktor yang merawatku untuk membenarkan aku keluar pada hari apa.Bosan.Petang hari Isnin itu,aku ambil keputusan sendiri untuk keluar bersiar siar di luar.Berterusan terperap di dalam bilik yang serba putih,buatkan aku rasa aku seperti orang lumpuh.
Tiada tujuan untuk pergi ke mana,aku hanya ikut jejak kakiku melangkah hingga akhirnya sampai ke taman rekreasi yang paling dekat dengan hospital swasta itu.Aku berhenti dan melabuhkan diri di atas salah satu bangku yang tersedia.Melihat suasana meriah dengan pengunjung yang datang di situ,aku rasa hanya aku yang memakai pijamas biru berlogo hospital,jelas sebagai seorang pesakit yang masih belum discharge.Tapi,aku tak kisah.
Bagi aku,tiada siapa yang berhak menentukan apa yang aku nak pakai semata mata untuk keluar dari hospital.Tiada siapa pun dalam dunia ini yang layak untuk melabel orang lain sekadar melihat luarannya.
Aku mematung di atas bangku kayu itu untuk beberapa minit,sambil membiarkan angin petang bermain main dengan rambut lurusku.Saat ini,fikiranku kosong.Tapi bukan bermakna hati aku tenang.Sekadar rasa tertarik untuk memerhati pasangan suami isteri yang kelihatan sedang bergurau dengan anak perempuan kecil mereka yang sedang bermain gelungsur.Aku tenung untuk jangka waktu yang aku tak pasti,sama ada ia jangka waktu yang lama atau sekejap.Walaupun jiwaku kosong,tetapi aku sedar aku cemburukan keluarga itu.Adakah tika aku sebaya dengan budak itu,aku dapat merasa layanan yang sama?Atau dari dulu aku memang anak yatim yang dambakan kasih sayang daripada mama dan papa yang masih hidup?Entah..
Tiba tiba gelak tawa budak perempuan itu bagaikan berada dekat di telingaku.Dia ketawa riang saat ibu dan ayahnya kelihatan memeluk tubuhnya kejap.Tanpa sedar,aku mengukir senyuman nipis.Senyuman sugul.

"Erm..Maaf kacau..Awak lapar tak?"

Satu suara asing berbunyi tanpa aku sangka, di sebelahku.Wajah terpinga-pinga sejurus aku menoleh terus ke sebelah kiriku.
Dia mengukir senyuman,ikhlas.Sambil tangannya panjang menghulur satu plastik yang berisi betul betul untukku.Aku terpaku,serentak sekali lagi angin menderu laju, menerbangkan rambutku dan baju tshirt hitamnya.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now