17.Aku dah tahu

92 7 2
                                    

Bab 53

"OKEY DENGAR SINI SEMUA. AKU NAK KITA KEKALKAN POSISI YANG KITA MAIN SEBELUM NI. KECUALI BEBERAPA POSISI YANG AKU NAK ROMBAK SEKARANG SINCE AKU TENGOK ADA DUA TIGA ORANG YANG TAKDE NI."

Sebagai kapten pasukan, memang begitu reaksi yang Idzwan tunjuk.Dia berkira kira untuk merombak semula pasukan bola sepak kampung mereka itu.Sebenarnya tak perlu beriya sangat kerana dia sudah pun melakarnya di atas buku nota conteng contengnya.Terjeling jeling matanya memandang setiap seorang ahli pasukan sambil bibirnya terkumat kamit lagak baca mantra,tetapi sebenarnya tak.

Dia pandang sepupunya yang berdiri di sebelahnya,perhati tingkah lakunya dengan senyuman biasanya.Idzwan tersengih.Baru dia teringat prosedur utama petang itu.

Lalu dia perkenalkan Iqbal selaku pemain baru kepada ahli ahli yang lain. "Korang dengar sini.Aku lupa nak bagitahu korang.Ni sepupu aku tau.Iqbal.Dia akan main dengan kita mulai sekarang sebab macam aku juga,dia akan main untuk wakil sekolah nanti.Yang bezanya,Iq masih dalam penilaian cikgu kitorang lagi.Jadi harap semua bantulah Iq untuk dapatkan skill bagi cikgu kitorang pilih dia juga masuk sekolah nanti."

"Ye ye kitorang kenal laa..Iqbal pun budak kampung ni jugak.Dan dia selalu datang sini petang petang teman kau kan?"tiba tiba salah seorang ahli di situ yang berambut kembang,menyampuk.Yang lain terus bersiul,bersetuju dengan budak Am tu.Iqbal senyum meleret jadinya.

"Ah ye ye..Betul jugak.Aiyo lupa lupa.."bebel sambil ketuk dahi dengan batang pen yang dibawanya.

"Iqbal,kitorang ada..Orang tua tua kata,jangan kedekut ilmu.Jadi kitorang tolong asah skill kau sampai kau terpilih wakil sekolah tu."Paan pula mencelah,memberi kata perangsang kepada warga baru,Iqbal.Iqbal sengih.Terharu juga semua ingin membantunya.Sudahlah sukan itu dia tidak biasa,baru nak berjinak jinak.

"Okey bro..Terima kasih."balas Iqbal.Satu 'calet' di jari mengikat persetujuan.Bukan dengan Paan sahaja,malah dengan semua brader di situ.

Idzwan senyum puas sambil bercekak pinggang perhati semangat luar biasa ahli ahli pasukan.Rasa bangga pula ada anak anak buah seperti itu."Okey bagus korang bagus.Okey berbalik kepada rombakan yang aku nak buat tadi..pertama sekali aku nak Iq jaga barisan pertahanan...."maka bermulalah ceramah panjang Idzwan pada ahli ahli pasukan bola sepak kampung mereka itu.Satu persatu nama yang disebut dia ingin tukarkan posisi.Sampaikan ada yang pegang kepala,stres dengan posisi baru.Maklumlah sudah selesa dengan posisi biasa tiba tiba kapten ingin tukar pula.(Idzwan bukan sahaja sudah berlagak kapten,tetapi turut dianggap couch)..

Tidak lama selepas itu maka bermulalah sesi permainan mereka.Ketika itu sudah hampir ke pukul 6 petang,matahari jingga bagaikan memayungi mereka bermain di padang itu.Mereka semua dipecahkan kepada dua pasukan dan berlawan antara kedua dua itu.Bunyi jeritan demi jeritan memberi tanda isyarat di padang itu bergema,memeriahkan lagi suasana petang. Sehingga tiba tiba Iqbal ingin meminta diri untuk keluar padang sekejap buat seketika.

"Wan,aku keluar sekejap.Aku nak duduk dekat bawah pokok tu sekejap."

"Eh kenapa?Dah penat ke?"

"Tak..Aku rasa kaki aku cramp sikit."

Idzwan mula perhati Iqbal yang mula terjengket jengket.Bulat matanya.Dia sudah biasa dengan kes kaki kejang seperti itu tetapi apabila Iqbal yang masih baru itu,dia takut lelaki itu masih tidak biasa dengan keadaan itu. "Cramp?Nak kitorang urut kaki tu?"

"Tak payah.Sikit je ni.Lima minit dah okey,aku masuk balik."putus Iqbal.Dia menghadiahkan senyuman kepada 'kapten'nya itu untuk tidak bagi lelaki itu terlalu risau dengan keadaan biasa itu.Terdengar seketika Idzwan mengeluh perlahan.

"Okeylah.Pergi rehat dulu.Kaki cramp ni kau lunjur je dulu kaki tu.Aku pun rasa sikit je tu."balas Idzwan sebelum kembali menyambung permainan yang tergendala sekejap.Posisi Iqbal diganti dengan kebetulan seorang pemain simpanan yang baru datang.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now