19.KAWAN BAIK

71 5 2
                                    

Bab 26

Pagi yang indah untuk Aleya.Dia rasa semangat dalam dirinya adalah luar biasa untuk dia datang ke sekolah.Tidaklah seperti sebelum sebelum ini.

Mungkin kerana...

'Jujurnya,saya kagum dengan Kak Leya.Saya harap saya boleh bagitahu orang lain,tapi..tak semua orang akan faham.Kalau Akak masih cari apa keistimewaan Akak,Akak boleh tanya sesiapa sahaja.Cuma,sama ada dia jujur atau tak,saya nak Akak yakin yang Akak ada keistimewaan yang tersendiri.Akak kena yakin dengan diri Akak,hargai diri sendiri dan apa yang Akak ada'

Dia teringat kata kata yang cukup ikhlas dia pernah dengar sepanjang hidup 16 tahunnya.Adakah baru kali itu dia rasa dirinya beruntung?Meskipun dia tidak pernah jumpa apa pun kelebihan yang dia ada.

'Saya nak jadi kawan Akak.Saya nak dekat sekolah nanti,Akak layan saya macam kawan baik Akak.Boleh?'

Bas City Linernya berhenti lalu Aleya turun seperti biasa.Sepanjang itu bibirnya asyik tersenyum sahaja,walaupun beg yang didukungnya itu berat bertan tan.Jika pengawas yang menjaga pagar sekolah itu terkejut beruk dan tidak sangka akan perubahan moodnya pagi itu,dia tidak kisah.Mood pasang dan surut.Baginya,biarlah dia fikir hari itu sebagai permulaan untuk menjadi Sharifah Aleya yang baru!

Sebaik melepasi pagar sekolah,dia sudah nampak batang tubuh yang amat dikenalinya sedang beriring bersama dua orang lagi.Wah,tajam betul matanya hari ini!Tidak sampai 10 saat dia lepas pagar,dia sudah dapat tangkap lelaki yang pernah menghadiahkan nasi lemak untuknya itu.

Lantas kakinya mengorak langkah yang bersederhana laju,terkedek kedek menghampiri remaja lelaki itu."Iqbal!Iqbal!"

Menoleh.Serentak dengan dua orang kawannya sekali.

"Kak Leya.."sempat Nurin menggumam sendiri.Terkejut dia lihat kakak angkatnya tiba tiba sahaja jerit panggil nama Iqbal sambil berlari lari anak dengan tangan melambainya itu.

"Ah,sudah."-Idzwan.

Aleya sempat mencari nafas sekeliling saat dia akhirnya mula berdepan dengan Iqbal.Oops,tak bukan.Dia kini turut berdepan dengan budak sekelasnya,Idzwan dan adik angkatnya,Nurin.

"HAI KAWAN BAIK!"hehe.Aleya tidak sedar dia menunjukkan senyuman mengadanya pada tiga orang remaja itu seraya sebelah tangannya melambai membentuk pelangi.Baginya,penampilan itu paling comel dia buat semata mata untuk tunjukkan mood 'happy go lucky'nya,tetapi tidak bagi tiga orang pelajar di hadapannya itu.Entah kenapa terasa krik krik sekejap suasana di situ.

"Kak Leya...nampak gembira,hari ni?"soal Nurin sambil tersenyum paling manis,biarpun nampak sangat hipokritnya.

"Ehem ehem.."malu.

Sebenarnya kalau ikutkan hatinya dia juga terasa ragu ragu dengan apa dia buat itu.Sudah pastilah dia akan menerima reaksi pelik daripada semua orang apabila Sharifah Aleya yang orang kenal itu adalah sangat lain dengan Sharifah Aleya hari itu.Namun begitu,dia sudah bertekad sejak dia memijak tangga pertama bas tadi bahawa dia mahu berubah jadi orang yang baru,orang yang bukan sahaja orang lain tidak kenal malah turut dia sekali.Tetapi kalau itu lebih baik,apa salahnya?

Tiba tiba Idzwan menayangkan sengihan sinisnya pada Aleya,membuatkan gadis itu mula rasa sebal.Lelaki itu entah kenapa dari semalam lagi suka yang amat menyakitkan hatinya.Entah apa yang seronoknya?Kalau ikutkan hatinya yang baran,mahu sahaja dia ketuk kepala lelaki itu sampai keluar bola benjol bertingkat tingkat,biar lelaki itu jadi alien sepanjang berada di sekolah.Namun begitu cepat cepat Aleya sedarkan diri.Aleya yang baru adalah bukan lagi seorang yang kasar dan suka membalas dendam.

"Encik Idzwan,Encik Idzwan okey?Kenapa Encik Idzwan tersenyum senyum macam tu?Ada benda yang kelakar ke?"

Kali ini  masing masing sudah beralih pada Idzwan pula.Lelaki itu mengangkat sebelah kening bagi membalas reaksi gadis di hadapan mereka yang tersenyum sinis dengan tangan memeluk tubuh.Aleya melentokkan kepalanya ke tepi sambil menunggu Idzwan membalas kata katanya.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now