11.Apa yang kau nak tahu

87 7 6
                                    

Bab 45

TAK!TAK!

          Aleya yang berada di meja study terdengar sesuatu. Agak terganggu konsentrasinya pada subjek Biologi itu. Bunyi apa tu? Sebelum dia menyambung ulangkaji, sempat matanya melirik pada jam yang tergantung di dinding. Pukul 9.40 malam. Masih awal. Dia langsung abaikan bunyi tadi.

            TAK!TAK!

            Aleya sedar bunyi itu datang daripada tingkap biliknya yang tidak berapa jauh daripada meja studynya. Lalu dia meninggalkan sekejap buku teks biologinya untuk menjenguk ke tingkap tintednya, kalau kalau dia boleh jumpa punca bunyi itu.

           Agak terkejut Aleya apabila melihat rupa rupanya Idzwan yang ada di bawah, di luar kawasan rumahnya, menghadap biliknya yang ada di tingkat dua. Lelaki itu masih cuba untuk membaling batu kecil ke tingkap, tidak menjadi apabila Aleya sempat bukakan tingkap.

           "Idzwan?"

           Tidak menyahut, sebaliknya sekadar memberi satu tanda isyarat suruh dia turun segera. Aleya akur, meskipun agak bingung tujuan apa lelaki itu datang ke mari, dan dari mana dia tahu alamat rumah Mama dan Papanya.

            Aleya buka pintu pagar automatiknya untuk keluar berjumpa dengan Idzwan yang menunggunya di luar. Dia lihat lelaki itu hanya bawa basikal ke mari. Agak tersentak juga Aleya. Adakah lelaki itu dari jauh datang ke rumahnya hanya dengan berbasikal?

           "Idzwan. Kau buat apa dekat sini? Dan macam mana kau tahu rumah aku?"tanya Aleya, yang berhenti beberapa langkah daripada lelaki itu. Malu lah pula tak sempat menyempat dia menukar baju tidur arnabnya. Nasib baik baju tidur itu berseluar dan berlengan panjang.

           Idzwan yang mendekat. Dia selamba melabuhkan punggung di atas divider di bahu jalan di sebelah rumah Aleya. "Kau ingat tak aku yang bagi alamat dekat pakcik grab yang malam kau datang rumah nenek aku tu?"

           Ah,ye! Dia hampir lupa soal itu. Spontan Aleya menampar nampar lembut dahinya, malu juga bagaimana dia boleh lupa depan lelaki itu. Idzwan yang memandang sekejap gelagat gadis sekelasnya itu tersenyum dan memandang semula ke arah langit yang berbintang.

           "Aku datang sini, nak bagitahu apa je yang kau nak tahu. Jadi kau tanyalah apa apa dekat aku malam ni je. Aku akan bagitahu kau tanpa tipu satu pun. Apa yang aku tahulah."

          Tergamam Aleya mendengar tawaran lelaki yang bertshirt biru itu. Dia merenung lelaki yang tidak beralih pandangan daripada langit indah itu.

          Agak bersinar matanya dengar Idzwan kata begitu. Betulkah dia boleh tanya apa sahaja apa yang dia nak tahu malam itu? Dan lelaki itu akan bagitahu dengan sepenuhnya?

          "Kenapa? Kau tak percaya aku ke? Ke merajuk lagi pasal tadi?"sarkastik benar Idzwan menyoal dengan reaksi sinis. Buat Aleya sentap aje.

          "Takdelah! Mana ada aku merajuk. Lagipun dah lupa dah pasal tadi."pura pura pandang langit sambil bibir mencebik.

          "Okey bagus. Aku pun taknak geng dengan orang hati tisu."sengaja.

          "Well..Betul ni kau nak aku tanya kau macam macam? Pasal Iqbal?" potong Aleya kembali ke topik asal. Matanya serius inginkan kepastian lelaki itu.

          "Iye. Cepatlah. Kau kan nak kenal dengan sepupu aku betul betul? Apa yang aku tahu,aku akan berterus terang dekat kau."

           Baru kali itu wajah Aleya kelihatan manis dengan senyuman suka. Dia pantas mendudukkan diri beberapa cm di sebelah Idzwan. Dia memang nak kenal Iqbal betul betul. Dia nak jadi kawan yang terbaik untuk lelaki itu. Namun bila lelaki itu menawarkannya secara tiba tiba, dia rasa otak blanklah pula nak tanya soalan. Tetapi,dia akan cuba yang terbaik.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now