5.Rancangan gila Iq

57 6 7
                                    

Bab 35

"Sharifah sibuk ke sekarang?Cikgu nak tanya Sharifah sekejap boleh?"

Sampai sahaja Aleya mendekati guru muda yang tinggi lampai itu,terus dia diminta guru itu untuk meminjam sedikit masanya.Aleya angguk membenarkan.Ditangguhkan sekejap niat untuk membeli buku latihan di koperasi.Dalam fikirannya berteka teki adakah itu guru Iqbal apabila dia lihat lelaki itu turut ada di situ.

Dia sempat menjeling ke arah Iqbal di sebelah guru yang menghadapnya itu.Lelaki itu menguntum senyuman kecil untuknya,nampak gayanya seolah olah menunggu Aleya bersetuju untuk bercakap cakap dengan guru yang tidak dikenali itu.

"Erm...Cikgu nak tanya apa?"

Tiba tiba tanpa sangkaan Aleya kedua belah tangannya digenggam oleh guru itu.Kaget Aleya.Guru itu memandangnya dengan wajah yang seperti mengharap.Apa yang sebenarnya berlaku?

"Err cikgu..-"

"Sharifah,Cikgu nak Sharifah buat persembahan piano untuk hari karnival sekolah kita nanti.Boleh?"

"Eh?"serentak mata Aleya terbuka luas,terkejut besar dengan tawaran daripada guru itu.Dia langsung tidak mengerti dengan tawaran tiba tiba itu,tanpa angin tiba tiba pokok bergoyang.Selajur itu Aleya rasa otaknya blank dan terasa ingin pecah dadanya itu berdebar.

Dia tidak rasa dia teruja dengan tawaran itu.

"Iqbal.."guru itu memandang anak muridnya yang dari tadi perhati reaksi Aleya di sebelahnya.Bibirnya tersenyum sebelum kembali fokus pada gadis di hadapannya."Iqbal bagitahu cikgu Sharifah berbakat dalam bermain piano.Kebetulan Cikgu perlukan seorang lagi peserta untuk cukupkan 10 nama yang main.Pening Cikgu nak cari.Merata rata Cikgu cari,tak ramai yang boleh main."

"Alang alang Cikgu dapat tahu Sharifah boleh main,apa kata Sharifah give a try?Jangan risau.Cikgu takkan suruh Sharifah main lagu lagu yang susah.Main lagu twinkle twinkle little star pun okey.Yang mana Sharifah rasa senang."guru itu masih cuba memujuk.

Namun Aleya tidak dapat menumpahkan konsentrasi 100 peratusnya pada pujukan guru itu,sebaliknya matanya terhala sipi ke arah lelaki yang kelihatan tertunduk lagak bersalah.Dia tidak sabar sabar untuk bertanya sendiri pada lelaki itu selepas ini.Aleya dilanda kekeliruan.

"Sharifah,boleh ye?Tolong Cikgu okey?"

Soalan yang diajukan lagi padanya buat gadis itu kembali fokus pada guru bercermin mata itu.Dia tidak jawab ya atau tidak.Masakan tidak,dia sendiri tidak terima penjelasan yang sejelas jelasnya.

Dia hanya boleh jawab perlahan,"Saya...tak tahu Cikgu."

Demi mendengar jawapan yang keluar dari bibir Aleya,guru itu sekadar senyum tenang.Dia faham sekiranya gadis itu masih keliru dengan keputusan apa yang patut dibuat lantaran tawaran itu adalah tiba tiba.

"Okey takpe.Sharifah fikir dulu.Nanti Sharifah bagitahu keputusan Sharifah pada Cikgu esok.Okey?"

Aleya angguk.Selajur itu menamatkan perbualannya dengan guru itu.Guru itu menghadiahkan senyuman terakhir sebelum meminta diri untuk ke tempat lain.Sekali gus meninggalkan dua orang pelajar di situ.

Serba salah Iqbal ingin memandang Aleya.Dia sedar sejak namanya disebut oleh guru itu tadi,air muka gadis kacukan itu serta merta berubah.Nampak gadis itu seakan bengang dengannya yang suka suka beri nama gadis itu pada cikgu muzik yang rapat dengannya tadi,tanpa bertanya terlebih dahulu.Tetapi Iqbal tahu sebab utamanya kenapa.

"Leya.."tegurnya pada Aleya yang sudah berubah kusut.Dia tahu gadis itu marah.Dia sudah bersedia dari awal kemungkinan itu.

"IKUT SAYA."arahan itu serentak wajahnya dipandang dengan pandangan menahan geram.Iqbal seakan tersentak sejenak,tetapi akur untuk mengikut jejak Aleya yang sudah bergerak.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now