13.Festival di sekolah

95 10 5
                                    

Bab 48

Seorang wanita tiba di perkarangan sekolah dengan kereta Volkswagen Tiguannya yang merah menyala.Seketika kakinya yang berstokin nipis keluar dari perut kereta itu dan memijak kawasan parking jalan tar.Wanita itu memakai cermin mata hitam,jadi tiada siapa yang dapat mengecamnya.

          Suasana meriah di sekolah menengah itu membuatkan tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman.Dia mencari cari seseorang,tetapi dia tahu payah untuk bertemu apabila orang ramai yang terdiri daripada para pelajar,para guru dan orang awam bagaikan menghiasi segenap ruang,menghalang pandangannya.

          Sehingga apabila ada yang menegurnya dari belakang.Serentak dia berpaling."Maaf Puan ni.."

          Senyum."Mei Yi.Saya Mei Yi."seraya membuka cermin mata hitamnya.

           Terkejut.Terbuntang mata."Datin Mei Yi!Duta negara!"

           Wanita yang berdress merah paras lutut itu sekadar angguk dengan sopan dan bibirnya yang bergincu merah darah seakan bersinar tatkala dia tersenyum.

*****

          NERVOUS!NERVOUS!NERVOUS NERVOUS NERVOUS!!!

          Tatkala itu,itulah perasaan Aleya.Di dalam bilik persediaan di belakang pentas itu dia asyik dari tadi mundar mandir ke sana ke mari.Berkali kali juga dia teguk air mineral di atas meja,tetapi risau pula kalau sampai ingin terkencing nanti.

          Apa patut dia buat waktu ini?Sebentar lagi akan bermula persembahan yang ditunggu tunggu oleh hampir semua warga di sekolah itu.Siap sediakan juri lagi.Ini macam pertandingan pula!

         "Fuh fuh rilek Leya.Rilek boleh tak!Cuba kau fikir.Kau dah berlatih banyak kali tahu tak?Iqbal.Hah cuba ingat pasal Iqbal.Iqbal pun selalu teman kau berlatih.Dia yakin dengan kau.Kenapa kau tak yakin dekat diri sendiri ni!"seorang seorang Aleya membebel pada diri sendiri sambil dirinya mundar mandir.Dia terfikir Iqbal yang sering beri kata semangat untuk dia perform.Lelaki itu berlatih sekali dengannya setiap kali selepas sekolah.Takkan masih rasa tak cukup lagi?Seketika tiba tiba perasaan negatifnya datang menganggu.Mulalah rasa marah kerana lelaki itu suka suka hati beri namanya pada cikgu muzik,akhirnya dia terpaksa libatkan diri dan tanggung kesengsaraan hati berdebar ini.Ish tapi tak pernah pula dia luahkan perasaannya pada lelaki itu sebelum ini.Dia sendiri yang nampak teruja sama semasa berlatih,bukan Iqbal yang paksa sangat.

            Iqbal pun ada kata, bahawa dia berbakat main piano ni.

           Tapi memanglah dia pernah main dan pernah hebat dulu tetapi itu semua cerita lama.Sekarang ini selepas 11 tahun baru seminggu lebih dia belajar pegang piano semula,sudah pastilah takkan sama masa zaman 5 tahun dulu.

          Takpe,Leya.Takpe.Kau main sahaja apa yang kau dah berlatih dengan Iqbal.Rilek,tenangkan fikiran dan fokus.Sekejap je.Lepas tu kau pergi cari makanan okey?Dekat luar sana banyak tu orang jual makanan.Makanan makanan tu semua tengah tunggu kau habis perform je.

           Dengan debaran Aleya menilik jam Gshock pada pergelangan tangannya.Pukul 9.25 pagi.Sayup sayup kedengaran bunyi piano di luar,di atas pentas menandakan ada peserta lain yang turut beraksi.Daripada 10 peserta,Aleya adalah mendapat giliran ke 6.Ini bermakna tinggal lagi dua peserta sebelum namanya pula dipanggil.Aduh,kenapalah cepat sangat mereka main?!

          "Kak Leya."panggil satu suara dan Aleya kenal itu suara milik Nurin.Pantas dia menoleh dan lihat gadis yang masih beruniform pengawas itu tetapi bervest sedang tersenyum ke arahnya.Aleya sedia maklum Nurin merupakan salah seorang AJK yang akan menjayakan program slot itu.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now