10.Kakak angkat,budak pendiam

67 6 0
                                    

Bab 13

THIRD PERSON OF VIEW

Dari jarak lebih kurang 5 meter Nurin berdiri tegak merenung seseorang yang kelihatan sedang bersendirian di kawasan kantin sekolah yang lengang itu.Nampak seniornya itu seperti sedang sibuk menelek nelek buku rujukan sambil sesekali menulis sesuatu di atas buku latihan di sebelah.Agaknya,dia sedang menyiapkan tugasan sekolah.Detik hati Nurin.Tak hairan gadis cantik kacukan itu antara yang top scorer di seluruh tingkatan 4.

"Assalamualaikum,Akak."

Teguran yang tiba tiba itu sedikit menyentakkan konsentrasi Aleya,lalu dia menoleh ke belah kanannya demi melihat gerangan yang datang menegur."Waalaikumussalam."agak kaget melihat gadis beruniform biru itu yang sudi datang mendekatinya.Gadis yang putih kemerahan itu sedang manis tersenyum ke arahnya bersama kedua belah tangannya berpaut di belakang.

"Nurin nak duduk boleh?"pintanya.

"Erm..duduklah."kalau ikutkan hati Aleya,dia kurang berminat untuk membenarkan orang orang duduk dengannya,termasuklah gadis bertubuh kecil itu.Tetapi,kali ini mungkin dia perlu baik sikit?

"Nurin kacau Akak ke?"tanya Nurin berbasa basi apabila terlihat Aleya seperti cepat cepat menutup buku bukunya saat dia datang.Dia masih berdiri di tempat yang sama,tidak duduk lagi menghadap seniornya itu walaupun sudah mendapat kebenaran.

"Tak kacau.Akak saje buat kerja sekolah sementara tunggu bas pukul 2 petang nanti.Duduklah."

Nurin angguk sebelum melabuhkan punggung di hadapan Aleya setelah dipersilakan kali kedua.

Jiwanya lega melihat senior yang dikenali anak orang ternama itu tidak lagi segerun pagi tadi.Harapnya gadis itu tidak lagi beriak dingin agar dia senang dia mendekat.

Aleya yang tersedar junior itu memandangnya lama, "Kenapa pandang Akak macam tu?"

"Eh Nurin pandang Akak lama sangat ye?"dia seperti tersedar ke dunia realiti,serba salah sekiranya membuatkan senior di hadapannya itu tidak selesa dan tak senang duduk.

"Tak lama.Tapi pandang macam nak telan.Scary."selamba Aleya berterus terang tanpa berselindung lagi.Memang tenungan tajam daripada orang yang tak dibiasa itu buat dia rasa panas punggung.Dia bukan biasa duduk menghadap dengan orang lain sementelah dia bukannya ramai kawan.

Nurin tersenyum.Tidak terasa dengan ungkapan jujur(scary) daripada seniornya itu.Dia ingin mengatakan sesuatu.

"Akak."

"Yup?"

Berjeda sebentar sebelum menyambung bicara, "Akak tahu tak ramai yang nak kawan dengan Akak?"

Sedikit tersentak dengan kata kata Nurin itu.Namun,dia tidak mahu terlalu menunjuk perasaan sebenarnya."Entah.Tak tahu."jawabnya acuh tak acuh tanpa memandang Nurin yang sedang merenungnya.

Nurin menongkat kepalanya dengan sebelah tangan."Saya nak rapat dengan Akak boleh?Jangan risau.Saya ikhlas.Bukan sebab nama atau gelaran keluarga Akak tapi saya betul betul nak jadikan Akak kakak angkat saya.Boleh Kak?"

Aleya terkedu mendengar permintaan daripada Nurin yang nampak ikhlas.Kakak angkat?Dia tak layak..Hatinya merendah diri.Dia bukan sesiapa untuk menjadi orang penting kepada sesiapa.Termasuk gadis muda setahun di hadapannya itu.

Wajahnya sedikit mengendur.Selain isu kakak angkat,dia agak terkesan dengan kata kata yang mengingatkan dirinya pada keturunannya yang kononnya high class.Dia teringat kesombongannya pagi tadi.Jauh di sudut hati,dia rasa betul betul malu dan menyesal.

"Pasal pagi tadi..Nurin..tolong lupakan ye?Pasal...pangkat semua tu."suara Aleya perlahan,seraya dia menundukkan kepala.

"Ah pasal tadi..."sejenak terlintas bicara daripada Aleya pagi tadi.Anak Dato dan Datin.Siapa yang tak tahu?"Takpe takpe..Nurin tak kisah pun."dia melambai lambai kedua dua belah tangan bersama senyuman panjang menandakan dia tidak kisah dengan perkara itu."Lagipun Akak dah serah nama Akak waktu rehat tadi pun dah tunjuk yang Akak tak sengaja pun nak langgar peraturan sekolah pagi tadi.Akak jujur macam tadi pun dah buat Nurin kagum dengan Akak tau.Tak semua budak budak nak bagi nama diorang senang senang macam tu.Lagipun Akak bukan pelajar bermasalah pun.Sekali sekala TERlanggar peraturan sekolah standard lah tu.HAHA.."

"Kalau Akak boleh undur waktu pagi tadi,Akak janji Akak taknak sebut lagi semua gelaran tu.Ada apa dengan semua gelaran tu?"bukan boleh beri kebahagian pun.Rasa menyesal dalam dirinya terasa makin menjadi jadi.Teringat Mama dan Papa,dia rasa kecewa.Benar,ada apa dengan semua gelaran itu kalau nikmat hidup sebagai sebuah keluarga itu tidak terasa langsung?Dia tiada langsung rasa bangga dilahirkan dalam keluarga yang kononnya ternama.Tidak sedar dia terluahkan perasaannya pada Nurin,junior yang baru dikenalinya yang menginginkan dia menjadi kakak angkat.

"Kadang kadang orang lain tengok kita betapa beruntungnya kita dengan kehidupan itu dan berharap dapat jadi macam kita.Mereka rasa hidup mereka lagi teruk daripada hidup orang lain.Padahal..mereka tak tahu kita pun rasa benda yang sama."

Tersentak mendengar kata kata spontan Nurin.Aleya mendongak memandang gadis itu,inginkan pengertian.Gadis juniornya itu memahaminya?Dia rasa sebak.

"Well..Memandangkan Nurin dah anggap Akak sebagai kakak angkat Nurin,Nurin rasa kita perlu lebih kenal."

Senyum.Geli hati.Nurin masih nak dia jadi kakak angkat kepada gadis itu?

"Takpe.Biar Nurin start dulu."

"Okay.Go on."aku mempersilakan.Bersedia untuk melihat gadis itu memperkenalkan diri.

Senyumannya makin lebar,turut mempengaruhi bibir Aleya untuk tersenyum jua tanpa sedar.

"Okey.Nama diberi adalah Nuriman binti Razak.Nurin suka orang panggil 'Nurin' je walaupun lepas 'nuri' tu takde 'n'.Nurin dari kelas 3 Efektif.(Aleya seakan tersentak)Hobi Nurin adalah membaca novel,tapi Nurin lebih suka-

"Kejap.3 Efektif?"soalnya,sekali gus menghentikan bicara Nurin yang kusyuk memperkenalkan diri.Aleya diam sekejap.Terlintas ingatannya terhadap seseorang yang pernah memberitahunya tentang 3 Efektif waktu rehat tadi.Ya,dia ingat.Lelaki tingkatan 3 yang memberinya nasi lemak semalam rupanya dari kelas 3 Efektif,kebetulan sama dengan Nurin.Tapi siapa nama dia ye?

"Kenapa,kak?Kenapa dengan 3 Efektif?"

"Nurin!Akak nak tanya something.Siapa nama budak lelaki yang.....ala macam mana ya?Yang tinggi sederhana,kulit cerah cerah sikit..

"Siapa tu kak.."Nurin blur.

"Okay,macam ni.Siapa budak lelaki dalam kelas Nurin yang paling pendiam?"nampak bersungguh Aleya menginginkan jawapan daripada pengawas itu.

"Paling pendiam?Hm.."tak pasti tujuan utama kakak angkatnya ingin mengorek soal pelajar lelaki dalam kelasnya,tetapi masih sedaya upaya untuk mengingat pelajar lelaki paling pendiam dalam kelasnya.Rasanya,dalam fikiran dia terbayangkan seseorang."Ayiq?"

"Ayiq?"Aleya inginkan kepastian.

"Ayiq.Dia budak paling pendiam dalam kelas Nurin yang Nurin dapat ingat setakat ni.Ada orang panggil dia Iq."

"Iq."Aleya tersenyum penuh makna tanpa diketahui oleh Nurin,sambil membayangkan dia perlu berjumpa dengan lelaki itu.Dia teringat nama 'Iq' yang dia dengar daripada bibir nenek lelaki itu semalam.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now