9.SHOPPING MALL

61 7 13
                                    

Bab 42

Rintikan hujan yang jatuh ke bumi itu meniatkan Aleya untuk menadahkan tapak tangan kanannya ke luar,sekali gus titisan itu membuatkan tangannya basah.

Kemudian dia kembali berundur ke belakang semula,bersandar pada dinding bangunan dengan kedua belah tangannya disilangkan di belakang,merapati dinding.Sekali kepalanya menoleh kiri kanan seraya kaki kirinya menghentak hentak lantai mengikut irama di fikirannya.

"Manalah Idzwan ni?Lama betul pergi tandas.Buat tandas ke apa dia ni?"omelnya sendiri.Hujan di luar nampak seperti hampir berhenti apabila bunyinya sudah semakin sayup.

           Aleya menundukkan kepala, mata dipejam sambil menunggu dengan perasaan kosong. Sehingga apabila terdengar suara yang dia kenal, terus kepalanya mendongak bagi melihat gerangan. Dilihat lelaki itu sedang menghampirinya tetapi nampaknya sedang berada dalam panggilan telefon.

          "Pertengahan bulan Jun balik Malaysia?Hm macam lama lagi je?" Idzwan dilihat menggaru garu hidungnya sekali dua sambil terus bercakap di telefon itu.Sempat Aleya menjeling lelaki yang beberapa langkah di hadapannya, membelakanginya.

           "Bila nak datang rumah Nenek dekat Pineng ni? Macam dah lama sangat semua tak balik?

            "Semua sihat.Orang sihat.Nenek pun sihat.Iq-

            Idzwan diam sekejap. Mengingatkan prihal sepupunya kini, bagai terbantut kata katanya. Tidak tahu bagaimana untuk menceritakan situasi sebenar, yang mana keadaan sudah berbeza berbanding hari itu.

            "-Iq pun okey."

            Sebenarnya Aleya dapat menangkap bicara lelaki bertubuh tinggi itu saat hujan juga sudah hampir ke penghujungnya. Dia tidak terlalu endahkannya. Dapat mengagak dengan siapa lelaki itu bercakap, hatinya mengeluh tanpa sedar. Dia melemparkan pandangan ke tempat lain. Hingga Idzwan sedar sedar sahaja sudah berdiri di sebelahnya. Panggilan namanya oleh lelaki itu hampir hampir sahaja Aleya melatah di situ.

           "We Leya."

           "Kau ni buat terkejut aku je."

           Idzwan tersenyum sinis. Namun cuma sekejap apabila fokusnya beralih sejenak pada skrin telefon pintarnya yang sudah hitam yang dipegang. Aleya perhati lelaki itu memasukkan phone itu ke dalam kocek seluar jeans.

            "Jomlah."ajak lelaki itu.Mereka memulakan pergerakan menuju ke pintu masuk mall itu.

            "Kau tu kenapa?Family call ke?"

            Melihat Idzwan yang diam sahaja,buat Aleya tidak puas hati juga. Lelaki yang beriring dengannya itu menonong sahaja ke depan. Jasad di situ,otak menerawang entah ke mana.

             "Haah."

             "Family call patutnya...bukan kau happy ke?" walaupun sebal, tetapi dia masih menyoal.

             "Happy?"Aleya berkerut dahi mendengar soalan kepastian itu daripada lelaki yang tersengih sinis di sebelahnya itu. "-Happy eh?Hm,happy lah kot"

              Dah kenapa?Mamat ni pun tak gembira dengan keluarganya?

              "Aku terdengar tadi keluarga kau macam bukan dekat Malaysia?"

              "Hm,memang pun.Diorang dekat New Zealand.Yelah..Abang aku belajar sana kan?"

              Aleya diam akhirnya. Tidak lagi menyoal apa apa. Sebaliknya kaki melayan rentak mengikut Idzwan yang merancang untuk mereka singgah di restoran makanan segera Mc Donald yang ada di dalam mall itu. Kebetulan berkerut juga perut menahan lapar dari tadi. Alang-alang restoran francais itu yang pertama nampak, walaupun kelihatan ramai juga orang di situ tetapi bagus juga mereka singgah makan di situ.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now