13.Selesaikan

76 6 0
                                    

Bab 18

Pagi di 3 Efektif sudah biasa dengan suasana hingar bingar daripada pelajar pelajar.Maklumnya,sudah lumrah 3 Efektif dengan purata pelajar nakal yang lebih tinggi berbanding pelajar baik.Teringat babak semalam yang cukup melampau.Pelajar baik akan kata perangai tidak matang itu memang memalukan imej 3 Efektif yang sentiasa mereka jaga.Namun,tiada siapa yang boleh selesaikan masalah itu.Kerana,bagi mereka asalkan tiada kepentingan mereka tidak mahu peningkan kepala melibatkan diri dalam masalah yang tidak tahu puncanya.Apa yang boleh mereka buat,sama ada hanya berdiam diri dan tidak masuk campur atau paling baik sikit mereka akan menunjukkan wajah kasihan.Itulah realiti dunia.

Sudah pukul 8 pagi tetapi masih tiada guru yang masuk untuk mengajar.Mungkin waktu ini para guru ada meeting mustahak yang tidak boleh ditinggalkan.Itulah yang sentiasa dianggap oleh kebanyakan pelajar bila guru lambat masuk ke kelas.

POV NURIMAN

Aku asyik memerhati Iqbal yang sedang menulis nulis di tempatnya dari muka pintu kelas.Ada sesuatu yang ingin aku suarakan.Jadi aku datang mendekat dan terus mengetuk ngetuk perlahan meja lelaki itu demi perhatian.

"Iq."

Dia mendongak."Oh,Nurin.Selamat pagi."bibirnya yang melarik senyuman dihadiahkan buatku.Senyuman biasanya yang akan dia bagi setiap kali ada yang menegur.Aku tidak membuka kotak suara lagi sebaliknya perhati rakan sekelasku itu meletakkan pen di sisi meja dan menutup buku latihan Bahasa Melayu.

"Well...selamat pagi."balasku senada.

"Takde cikgu pagi ni kan?Puan Munah tak sampai lagi."dia berbasa basi,merujuk pada guru bahasa melayu kami yang masih tidak kunjung tiba.

Aku angguk,mengiyakan."Mungkin tak datang atau ada meeting."

"Mungkinlah..."

"Iq,aku ada something nak tanya kau ni.Pasal kes semalam tu."aku memang ada niat untuk menyoalnya semalam sejurus kejadian semalam reda sikit tetapi tidak sempat pula apabila tak lama lepas tu guru waktu terakhir tiba di kelas kami.Waktu balik pula,mamat itu sudah berlalu demi mendapatkan seseorang,siapa lagi kalau bukan Idzwan?Sepupunya yang tersayang itu?"Kau kenal ke Kak Leya?"

Dia berjeda sekejap.Nampak seperti dia tidak terlalu berminat untuk berkongsi.Itu yang aku kenal mamat berkulit sedikit cerah ni.

"Please Iq..Bagitahu je aku.Kak Leya tu kakak angkat aku sebenarnya."

"Hmm..."dia menggumam,nampak serba salah tetapi sudah nampak ada niat untuk bercerita.Bukan nak kata,selalunya dengan aku Iqbal kalah jua daripada terus berahsia."Kenal...Masa aku dengan Nenek dekat hospital Isnin lepas,aku ada jumpa Kak Leya."

"Kak Leya...nampak stres.."nampak lain air muka Iqbal mengungkapkan pendapatnya itu.Wajahnya kelihatan sedikit hambar.Aku jadi kelu sejenak.

Tapi tidak lama apabila aku mula menyoal soalan utama."Kau percaya ke gosip Kak Leya nak bunuh diri tu?"

Dia geleng."Tak."

"Habis tu?"jungkit kening.

"Tapi kita tak boleh nak buat apa sekarang ni."Iqbal memandang wajahku dengan wajah polosnya.

Aku jadi tak puas hati dengan responnya,nampak seolah olah dia tidak kisah dengan penderitaan yang Kak Leya perlu hadap."Oh come on Iq.Kita takkan nak biar Kak Leya sorang sorang macam tu."

Iqbal diam sejenak.Dia menggumam seperti berfikir cara penyelesaiannya.Aku tahu kawanku ini tidak akan senang senang biarkan orang yang dia kenal menderita seorang diri.Sepanjang aku mengenalinya,kalau boleh Iqbal tolong,dia akan berusaha untuk tolong.Aku harap kali ini turut mendapat kerjasama daripada Iqbal untuk tolong kakak angkatku.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now