8.PERTEMUAN SINGKAT

69 7 0
                                    

Bab 11

Aku terpaku.Dan dia juga terpaku memandangku meskipun bibirnya masih seakan menguntum senyuman nipis untukku.Sedangkan kawannya di sebelah pula terpinga pinga melihat kami.Aku kenal kawannya itu.

"Awak..awak.."rasa blank untuk menyoalnya.

Dia senyum sahaja.Nampak polos."Hai..Tak sangka awak jumpa saya dekat sini.."

"Awak..awak tengah buat apa ni?Err awak sekolah sini ke?"aku agak soalanku agak bodoh kerana sudah tentu dia salah seorang pelajar di sekolah ini juga apabila dia turut memakai uniform sekolah dengan lencana yang sama.Namun,aku soalnya jua.Aku kira melihat pada nametagnya itu,dia adalah pelajar tingkatan 3?

"Saya sekolah sini.Err..saya dari 3 Efektif."

"Saya ju..junior.Jadi saya patut panggil 'akak'.."aku tak tahu kenapa perlu dia malu malu bercakap soal itu dengan aku.Dia tersenyum senyum sambil tersipu sipu lagak kucing.Sedangkan aku sudah berkerut dahi melihatnya.Kawannya di sebelah sudah terlopong,agaknya pelik juga melihat reaksi kawannya itu.

"Eh tak payah..tak payah.."aku memangkah.Tidak suka dipanggil dengan panggilan itu.Semua junior nak panggil aku 'akak' dah kenapa?Padahal jarak umur hanya setahun sahaja.Janganlah layan aku seolah olah aku terlalu tua.Huh(sigh)

"Hm..Awak nampak macam dah sihat kan?"

"Haah.."aku pelik dia boleh menyoalku begitu.Soalan aneh.Dia tidak tahu aku bukanlah ditahan di wad hari itu kerana sakit teruk.Tiba tiba aku teringat nasi lemak bungkusan surat khabar yang dia beri aku semalam.

"Pasal semalam tu.."

KRINGG..KRINGG..Bunyi loceng tamat waktu rehat menenggelamkan bicara aku.Lalu tanpa meminta kebenaran pun,aku hanya terus berlalu untuk ke kelas.Dia pula aku lihat turut tersentak dengan bunyi loceng itu.Bunyi itu ibarat satu arahan untuk pelajar berdisiplin.Jadi tak boleh ambil kesempatan.Aku tahu dia pasti tahu juga.

"Kenapalaa dalam banyak banyak sekolah,sekolah sini juga dia pilih?Aduhai.."sempat aku bermonolog sendiri sambil kaki laju mendaki tangga ke tingkat 3,di mana kelas 4 Alfa berada.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now