1.PARTNER

75 6 2
                                    

Bab 29

"KELAS DENGAR SINI.LAGI SEMINGGU KITA AKAN HABISKAN BULAN EMPAT.LEPAS TU MASUK BULAN LIMA.AWAK SEMUA TAHU TAK MAKNANYA APA HAH!MAKNANYA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DAH DEKAT SANGAT TAHU TAK!"

           Masuk masuk sahaja kelas setelah waktu rehat pukul 10.30 pagi itu tamat,tercengang masing masing tiba tiba sahaja ada cikgu sejarah mereka di situ.CIKGU LIM.

          Bukan itu sahaja,siap beri kata kata peringatan lagi.

          "APA PERSEDIAAN AWAK DAH BUAT SEKARANG NI?HAH?DAH CUKUP PERSEDIAAN KE NAK JAWAB PERIKSA TERUTAMA DALAM SUBJEK SEJARAH?"

           Err...mendengar gertakan yang berbentuk soalan itu,ada di antara mereka yang berpandangan sesama sendiri dengan muka pelik.

            "AWAK TAHU TAK KITA PEPERIKSAAN MASUK SAMPAI CHAPTER 5?DAN KITA MASIH ADA BERBELAS BELAS PAHLAWAN TANAH AIR YANG TAK COVER LAGI."

           Kedengaran seperti merungut guru Tiong Hua yang sangat fasih berbahasa kebangsaan itu gamaknya.Sekali dia bangun daripada atas meja guru lalu menampar buku teks Sejarahnya yang terbentang di atas meja,perlahan tetapi tegas.Terkejut masing masing melihat adegan itu.

            "TAPI TAKPE.SAYA PASTIKAN MINGGU DEPAN KITA SETTLEKAN CHAPTER NI DENGAN PANTAS DAN AKAN MENJADI KELAS PERTAMA YANG PALING CEPAT HABIS SILIBUS HAHAHHA!!!!"

           "AWAK SEMUA NAMPAK KERTAS YANG SAYA TAMPAL TU?"selajur itu jarinya menuding pada board di sebelah pintu kelas,serentak mengajak mata mata pelajar untuk melihat ke situ.Ada kertas asing yang kelihatan baru tampal di situ.Cikgu Lim yang bercermin mata itu tersenyum seraya memeluk tubuh rampingnya."ITU ADALAH SENARAI PARTNER YANG SAYA DAH RANDOM PICKED UNTUK PRESENTATION BERMULA ISNIN DEPAN!JADI AWAK TENGOK NAMA NAMA DI SITU DAN DILARANG SAMA SEKALI UNTUK TUKAR PARTNER!INGAT TU.LAGI SATU,AWAK JUGA AKAN TAHU GILIRAN KE BERAPA DAN HARI APA AWAK AKAN PRESENT.SEKIAN.AWAK SEMUA BOLEH TENGOK DALAM 30 SAAT SAHAJA BERMULA SEKARANG!"

           Maka berduyun duyunlah semua pelajar 4 Alpha ke board itu sebaik sahaja jam randik di tangan guru garang itu bermula.Bertolak tolak sesama sendiri itu usah dikatalah,sudah menjadi lumrah apabila masing masing terdesak untuk berebut rebut sesuatu.

           Dalam kepayahan Aleya menyelit ke depan sekali demi mencari namanya dan nama partnernya.Meliar liar sahaja mata perangnya mencari nama yang familiar.Di dalam benak memikirkan dengan siapalah dia akan berganding untuk presentation Sejarah itu minggu depan.Adakah pasangannya itu boleh menjadi rohnya nanti?Orang kata sekufu.

           Namun tidak sampai 10 saat,dia sudah menangkap baris kotak namanya dan nama partnernya.Mula mula bibirnya tersenyum lebar......

SHARIFAH ALEYA NADHIRA MAISARAH BINTI SYED SHAFWAN
IZZAT IDZWAN BIN RAHMAN
GILIRAN KE 5 (SELASA)

           Bibir Aleya yang tersenyum lebar tadi terkatup.Terus hilang semangatnya untuk tahu lebih.Matanya tidak berkedip merenung barisan nama itu biarpun berkali kali juga tubuh kurusnya ditolak tolak dari setiap sisi.Terasa seolah olah dia sedang bersendirian di dalam ruang yang gelap pula,sambil merenung kertas itu yang bercahaya.Dengan monyok Aleya berpaling ke belakang untuk keluar dan sedar ada Idzwan yang masih bertolak tolak untuk masuk.Tidak sengaja dia merenung tajam lelaki itu.

           Idzwan perasan,"APA?"dengan wajah berkerutnya,rasa seram melihat diri diperhati tajam sebegitu rupa.

           Aleya tidak menjawab.Sekadar tepuk dahi dan keluar dari situ.

Bab 30

Pulang dari sekolah nampaknya Aleya sudah redha dengan ketentuan 'partner'nya.Dia lihat lelaki itu selamba sahaja seolah olah tidak terkesan langsung dengan pemilihan daripada Cikgu Lim itu.Jadi buat apa dia rasa lebih lebih?

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now