10.Hari jadi Iq

67 7 9
                                    

Bab 43

2 HARI SEBELUM,

"CIK!Cik waris pesakit yang bernama Iqbal ke?"

          Aleya baru sahaja ingin ke mesin air yang ada di aras itu apabila tiba tiba namanya dipanggil.Bersegera dia menoleh dan sedar perempuan beruniform itu adalah jururawat yang bertugas di hospital itu."Tak.Saya kawan dia.Kenapa kak?"

         "Takpe takpe.Ini ada borang maklumat diri pesakit.Cik boleh bagikan pada pesakit atau mana mana waris pesakit tak?Untuk check semula butiran yang ada pada borang kalau kalau ada yang tersalah cetak.Boleh?"

          Aleya tidak memberi kata putus lagi,sebaliknya borang yang terhulur itu diambil lembut.Pandang sepintas lalu sebelum akhirnya dia bersetuju dengan permintaan jururawat itu."Okey.Nanti saya bagikan."

         "Terima kasih.Bagitahu juga nanti kalau tiada apa apa masalah sila serahkan semula di kaunter ye?"

         "Okey.Nanti saya bagitahu."

         Akhirnya jururawat itu mempamit diri setelah urusannya selesai.Sehingga akhirnya wanita itu hilang dari pandangan,barulah Aleya kembali menelek borang dua helai yang disekalikan itu.Entah kenapa sengaja ingin tengok maklumat diri Iqbal yang tertera pada borang.Mungkin boleh dia lebih kenal lelaki itu?Sempat lagi Aleya tersenyum simpul seraya melabuhkan punggung di atas bangku yang ada disediakan di situ.Ada Nek Tijah dan Idzwan yang menemani Iqbal ketika itu,jadi lebih baik dia duduk di luar dulu.Privasi anak beranak,kata orang.

        Matanya tajam memfokus pada dada borang hadapan.Sengaja satu persatu perkataan di situ dibaca perlahan bersama senyuman.

        "Borang Maklumat Diri Pesakit.Butiran diri adalah seperti di bawah."

        Bergerak gerak kornea mata perang Aleya membacakan perkataan demi perkataan di situ.

        "Nama pesakit : Muhammad Iqbal Zahmi bin Zuhri.Nombor kad pengenalan bla bla bla.Tarikh lahir.."

        Tiba tiba dia berhenti,tersentak dan spontan dahinya berkerut.Seolah olah tidak dapat mencerna maklumat di bahagian itu.

         "...Tarikh lahir 3 Mei 1996?Kejap kejap..Umur pesakit 16 tahun (2012)-

         Demi membaca butiran itu,entah kenapa Aleya seakan terpempan.Dahinya berkerut,bersama kornea matanya yang tidak bergerak merenung butiran itu.Tak,takkanlah..Salah cetaklah ni.Iqbal 15 tahun.Sepatutnya 3 Mei 1997 kan?Sempat Aleya bermonolog bersendirian di dalam hati.Sempat hatinya yakin bahawa pihak hospital itu terlalu cuai dalam mencetak maklumat yang salah.

        Dia lebih kenal Iqbal.Nanti dia akan serahkan borang itu pada lelaki itu atau nenek lelaki itu sekali gus bagitahu apa yang salah.

Bab

2 HARI SELEPAS ITU,

Hari ini adalah hari jadi Iqbal.Hari Jumaat.Tidak sabar rasanya untuk sama sama menyambut hari jadi lelaki itu walaupun sekadar di hospital.

         Tamat sahaja sesi persekolahan hari itu,bergegas Aleya dan Idzwan ke hospital swasta yang menempatkan Iqbal di situ.Rasanya tak sabar kerana mereka berdua ingin gembirakan hati lelaki itu termasuk memberikan hadiah yang masing masing rasa istimewa.Nurin tidak ikut sama atas sebab urusan pengawasnya yang bawa sampai selepas sekolah.Tetapi gadis itu ada kata petang sedikit dia akan menyusul kerana dia pun ada hadiah istimewa untuk diberikan kepada kawannya itu.

          Mereka tiba di hospital itu tepat jam 2 petang.Tidak menunggu lagi terus ke tingkat 5 yang menempatkan wad Iqbal.Sempat Idzwan mengetuk daun pintu putih itu sebelum menerjah masuk."Iq,kitorang ni.Kitorang masuk eh?"

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now