21.Daun di hadapan rumah

105 9 2
                                    

FINAL

- 2 minggu kemudian -

"NURIN,tolong passkan dekat satu kelas."

        "Baik Cikgu!"akur, seraya bersegera bangun daripada kerusi.

         Guru itu dihampiri. Sekajang kertas soalan Matematik peperiksaan pertengahan tahun yang dihulur disambut cermat.

         Satu demi satu meja Nurin edarkan kertas soalan itu. Dari depan ke belakang. Dari kanan ke kiri. Hingga di satu meja yang kosong, sempat langkahnya termati di sisi meja itu buat beberapa saat. Memandang kosong tanpa satu bicara.

         Seketika kemudian tanpa disedari sesiapa bibirnya terukir senyuman. Sekejap. Sebelum langkahnya kembali sambung ke meja yang seterusnya.

        Dia takkan lupa sahabat yang pernah merajai tempat yang kosong itu. Sampai bila bila.

*****

Aleya kerap ke rumah nenek Iqbal sejak lelaki itu sudah tiada. Niatnya untuk menjenguk dan berkongsi perasaannya dengan wanita 69 tahun itu. Tetapi malam minggu itu sengaja Aleya bermalam di rumah kayu itu, membantu apa yang patut.

        Kebetulan Nek Tijah memang bersendiri saat itu. Kata orang tua itu Idzwan pulang sekejap ke rumah keluarganya di Johor Bahru atas sesuatu urusan. Lelaki itu baru sahaja bergerak 2 3 hari lepas, membuatkan Aleya lagi rasa bertanggungjawab untuk menemani Nek Tijah.

         "Assalamualaikum, Nenek!" Aleya memberi salam di muka pintu yang bertutup. Dia baru ada kesempatan untuk ke situ selepas Isyak, memandangkan tadi dia bersekolah.

           "Waalaikumussalam. Masuk, Leya. Pintu tak berkunci." sahutan itu buat Aleya tersengih. Seperti tahu tahu pula wanita itu dia yang akan datang malam itu.

           Lalu Aleya memulaskan tombol pintu dan membuka luas. Baru sahaja dia ingin melangkah masuk, bunyi mengiau di sekitar kakinya membuatkan Aleya sedikit terperanjat. Tetapi tidak menjadi apabila dia nampak Hang Tuah yang sudah remaja itu sedang cuba mengelilingi kakinya. Aleya tersengih dan cuba mencempung kucing betina itu. "Hai Hang Tuahh~"sapanya. Dia teringat dulu dia anti dengan binatang berbulu itu tetapi kini semakin kerap dia jumpa Hang Tuah, rasanya jadi seorang penyayang pada kucing kesayangan Iqbal itu takdelah teruk sangat.

         "Leya? Tengah buat apa depan pintu tu?"

         Tiba tiba bunyi suara Nek Tijah itu membuatkan Aleya sedar ke dunia realiti. Dia tersengih dan meletakkan Hang Tuah ke lantai semula. Kemudian dia berjalan tenang ke ruang tamu. "Takde buat apa Nek. Saje main dengan Hang Tuah."

         Aleya nampak Nek Tijah yang sedang melipat pakaian sambil menonton tv3. Sengaja Aleya berteleku di sebelah Nek Tijah. Wanita tua itu menghadiahkan senyuman kedutnya pada Aleya. Tenang sahaja wajahnya.

           "Leya, Leya tidur sini kan?"

           "Haah Nek. Kenapa?"

           "Bagus Leya tidur sini. Nenek nak minta tolong Leya sikit. Tolong kemaskan bilik Iq sekejap. Nenek baru kemas separuh. Lepas ni Nenek ada kena pergi mesyuarat JKK dekat surau."

           Aleya angguk akur. "Boleh je Nek."

           Padahal ada debar juga dalam hatinya. Tidak pernah lagi dia masuk ke dalam bilik Iqbal mahupun Idzwan. Tetapi Nenek mahu meminta tolongnya mengemas bilik itu, Aleya perlu juga buang rasa malu.

           "Terima kasih Leya. Nasib baik Leya ada. Okeyla Nenek nak bersiap siap dulu." Nek Tijah bangun daripada bersilanya setelah baju yang terakhir sudah dilipatnya. Aleya hanya menghantar dengan pandangan matanya.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now