15.KEDAI RUNCIT NENEK

64 7 0
                                    

Bab 22

"Terima kasih ye?Datang lagi."ucapan itu meluncur dari bibir Nek Tijah sebaik pelanggannya selesai membuat pembayaran.Bibirnya nampak ikhlas melemparkan senyuman.Sejurus itu dia perhati pelanggannya itu sehingga keluar dari kedainya.Begitulah rutin Nek Tijah setiap kali dia ada di  'kedai runcit Makmur' miliknya itu,yang sudah bertahan sejak arwah suaminya hidup lagi.Kedai runcit itu baginya satu rahmat,kerana di situlah punca rezekinya yang hanya bertempat di kampungnya sendiri.

           Nek Tijah sempat melilau segenap ruang kedai,mengimbau kenangan yang dia sudah banyak rasa di situ selain di rumahnya.Mengingatkan dua orang cucu lelakinya yang kini tinggal dengannya itu,bolehlah dia gunakan hasil perniagaannya itu untuk keperluan mereka walaupun anak pertamanya masih memberi wang dari Johor.Dia teringat soal Iqbal.Tidak seperti Idzwan,cucunya itu memang menjadi tanggungjawab sepenuhnya sejak 6 tahun yang lepas.Lebih lebih lagi apabila mengingatkan satu kenyataan yang pernah cucunya itu tanggung.

           Tiba tiba lamunannya mati saat suara yang dikenali menegurnya.

          "Amboi Nekk..asyiknya berangannn..."

          Tak tersedar cucu cucunya sudah pulang dari sekolah.Dia terlupa soal jam yang sudah hampir pukul 3 petang waktu itu.Dilihat Idzwan dan Iqbal sudah menukar pakaian sekolah,tahulah dia bahawa dua orang cucu kesayangannya itu sudah pulang dulu ke rumah sebelum ke sini.

          Idzwan sedang memandangnya dengan senyuman ceria.Sementara Iqbal pula seperti biasa,sentiasa mengukir senyuman polosnya.

          "Macam mana tahu Nenek dekat kedai?"

           Idzwan kelihatan mendapatkan kerusi plastik yang ada disediakan berdekatan kaunter untuk duduk,lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar.Tapi masih jawab soalan neneknya."Sebab Nenek takde dekat rumah,mesti Nenek dekat kedai."

            Nek Tijah hanya senyum simpul mendengar alasan yang Idzwan beri.Betullah tu.Dia bukanlah setiap hari datang ke kedainya itu kalau pekerja pekerjanya ada menjaga.Kalau dia tidak ke rumah,cari sahaja dirinya di kedai yang sederhana besar itu pasti jumpa.Memang mudah cucu cucunya itu untuk mencari jejaknya.

             "Kamu berdua ni dah solat Zuhur ke belum?"perhatiannya ditumpahkan pada Iqbal pula,cucunya yang sedang duduk bersandar pada salah satu rak,sambil kedua belah lututnya dirapatkan di atas lantai.Iqbal memandang Nek Tijah dengan senyuman.

            "Dah,Nek.Tadi balik sekejap dekat rumah."

            "Iq,kenapa duduk atas lantai?Kan kotor tu?"

            "Nek,Wan bagi nama untuk wakil bola sepak kampung kita semalam.Diorang pun dah bagi kata putus."tanpa memandang neneknya pun,Idzwan mengabarkan satu berita.Kusyuk dia menaip naip sesuatu pada telefon bimbitnya."Iq,teman aku pemilihan petang ni jom?"

              "Bagus sangat tu kamu join benda benda macam tu.Kamu pun suka bola sepak kan?"Nek Tijah menyampuk,setuju sangat kalau cucunya yang seorang itu ikuti permainan bola sepak.Lebih lebih lagi kalau ada wakil kampung mereka itu.Dia tahu Idzwan sangat sukakan bola sepak,dan kerana itu dia tidak ketinggalan untuk menyertai banyak acara yang berkaitan sukan itu.

               "Kan Nek?Kali ni mesti boleh lepas punya!"

               "Berlatih banyak kali.Mesti boleh jadi handal."

               "Iq,kau rasa macam mana?Aku boleh lepas tak kali ni?"dengan masih menumpu pada mesej yang ada di telefon bimbitnya,Idzwan inginkan pendapat sepupunya pula.Namun,tiada respon daripada Iqbal menyebabkan dia bingung.Kepalanya mendongak memandang jasad Iqbal yang masih kekal di tempat tadi."We Iq?Iq!"

               "Dah kenapa dengan Iq tu?"
           
              Pejaman kelopak mata Iqbal terbuka bila seakan terdengar namanya dipanggil.Tatkala dia mendongak,wajah Idzwan yang berdiri sambil bercekak pinggang di hadapannya sedang merenungnya dengan dahi berkerut.Dia tiada idea berapa banyak kali sudah namanya dipanggil."Iq!Iq!"

               "Patutlah aku panggil kau tak menyahut langsung?Kau boleh tertidur dekat sini?"

               Iqbal membetul betulkan duduknya yang semakin menyorot ke lantai."Kau panggil aku banyak kali ke?Sorrylah aku tertidur.Apa kau cakap tadi?"

              "Aku cakap petang ni aku ada pemilihan bola sepak wakil kampung kita.Aku nak kau teman aku."

            "Okey.Boleh.Aku teman kau petang ni."

           "Eh kau ni sihat tak?"Idzwan musykil melihat Iqbal yang nampak lebih penat berbanding biasa.Punggungnya mencangkung lalu ditekapkan telapak tangannya pada dahi sepupunya itu.Saat itu terasa mengalir satu haba hingga seakan membakar kulitnya.

          "Aku sihat,Wan."

          "Tak kau tak sihat ni!Nek!Iq demam panas."

          Mendengar khabar daripada Idzwan itu agak menyentakkan Nek Tijah.Terasa berderau.Automatik punggungnya terangkat daripada kerusi yang didudukinya demi mendekati cucunya."Hah demam?Biar Nenek rasa dulu."

          Seperti Idzwan tadi,Nek Tijah turut menyentuh dahi Iqbal dengan telapak tangan.Kemudian cepat berlalu semula ke kaunter."Betul demam.Tunggu sekejap.Nenek ambilkan panadol dengan air."

         Dari luaran,Nek Tijah memang nampak tenang tetapi dalamannya cukup risau kalau cucunya sakit.Dia akan bersegera untuk mencari apa apa sahaja asalkan cucu cucunya sihat semula.

          "Kau ni Iq kenapa tak bagitahu aku kau demam?Sejak bila kau rasa macam ni?Dah lama ke baru lagi?Dekat sekolah tadi macam mana?"nampak Idzwan betul betul bimbang,membuatkan Iqbal hampir tergelak geli hati.Dia tidak tahu sama ada ingin rasa terharu atau 'seram sejuk'.

           "Kau ni Wan risau sangat dekat aku.Sayang juga kau dekat aku.Hmm..Aku baru je lagi ni.Dekat sekolah tadi sihat je.Jangan risau,okey?"

            "Kau ni sempat lagi kan nak menggatal dengan aku?Bila lagi aku nak tunjuk jasa aku sebagai sepupu kesayangan kau?"

           Akhirnya tertawa Iqbal dek kata kata selamba Idzwan itu.Sayang juga kau dekat aku?

          Idzwan tersenyum,sebelum turut ikut tertawa.Walaupun,hatinya tetap tidak hilang bimbangnya.Iq,tak releven langsung kau nak tanya soalan tu dekat aku.Sah sah aku sayang kau.Kita dah membesar sama sama.Kau je yang aku rasa orang yang paling faham aku luar dalam.Bila aku susah,aku selalu perasan kau tahu apa yang jadi dengan aku tanpa aku perlu terangkan dekat kau panjang lebar,dan sama sama selesaikan.Jadi bila kau susah,aku harap aku pula yang nak jadi orang yang paling memahami kau.Jadi cukuplah berahsia dengan aku dan cukuplah sorok perasaan sebenar kau.

            Tawa yang berlagu itu terhenti apabila nenek mereka kembali mendekati mereka.Di tangannya memegang sepapan panadol dan air mineral untuk diberikan kepada Iqbal.

          "Makan panadol ni,lepas tu minum air.Demam kamu ni baru lagi ni,sebab tu tak panas sangat.Demam biasa je tu.Nanti kalau tak kebah juga kita pergi hospital."Nek Tijah meskipun kedai itu miliknya,namun dia tetap membayar harga setiap barang di situ,sama seperti pelanggan pelanggannya.

             "Terima kasih,Nek."sebiji panadol dikeluarkan,lalu dimasukkan ke dalam mulutnya sebelum air mineral itu diteguk.Dengan sekali percubaan sahaja,ubat itu sudah masuk ke dalam tekaknya.

            Dirinya tahu diperhati lama oleh nenek dan sepupunya.Dia tidak menghalang.Dan dia tahu ada sebab kukuh untuk kedua insan yang disayanginya itu terlalu bimbang.
           

           

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now