19.Wan,kau nak tahu tak...

67 7 0
                                    

BAB 56

Aleya rasa teruja dengan pemandangan malam bandar yang dilihatnya luas dan tinggi. Jadi, dia menjerit teruja. Sebenarnya tidaklah kuat mana jeritannya itu kerana dia lebih terpegun dengan kemodenan dan kecanggihan panorama kota terkenal di Marina Bay Sands Skypark itu. Dari tingkat 57, mereka sekeluarga menikmati pemandangan jurus ke bawah, ada jambatan Double Helix(yang bentuk DNA tuu~) yang megah berkelipan menghiasi keindahan malam jam 8 itu sambil menikmati minuman panas di kafe ternama.

Datin Mei Yi dan Dato Shafwan saling mencicip cawan mahal yang berisi teh o limau panas itu dengan senyuman memandang anak gadis mereka yang dari tadi tidak berganjak daripada menikmati kota Singapura yang futuristik itu. Teruja sangat gamaknya.

"Amboi anak Papa dengan Mama ni, dari tadi tak berganjak mata tu tengok sana! Minum air milo tu dulu sayang.. Sejuk nanti dia." tegur Dato Shafwan mengusik.

Sebenarnya pasangan suami isteri itu rasa bahagia melihat senyuman teruja yang tidak lekang di bibir anak mereka yang bakal menginjak dewasa itu.

Aleya tersengih menampakkan barisan gigi cantiknya pada Papa dan Mama. Bila ditegur, baru dia menggarap minumannya itu dan mencicipnya. "Cantik sangat bandar Singapore ni Pa.."

"Suka?" Datin Mei Yi pula yang menduga, sambil tersenyum. Terus gadis itu mengangguk semangat.

"Suka! Mestilah suka!"

Dia kemudiannya melemparkan pandangannya sekali lagi ke bandar metropolitan itu lalu meluahkan perasaan yang kedengaran tulus, "Leya suka bandar. Suka sangat."

"Alhamdulillah." Dato Shafwan memandang wajah isterinya yang kebetulan memandangnya dengan senyuman. Bagai telepati, mereka bersyukur kerana sudah lama mereka ingin bahagiakan hati mutiara berharga mereka itu tetapi terkilan kerana kesibukan selama ini menyebabkan niat itu terbantut. Namun begitu, sekurang-kurangnya hari itu tiba jua. Aleya juga nampak menghargai percutian 'simple' mereka itu.

"Leya, kalau suka, cuba ambil gambar Mama dan Papa." tiba-tiba Datin Mei Yi mencadangkan sesuatu dengan teruja. Suaminya juga nampak tertarik.

"Haahkan! Cuba Leya ambil gambar kenangan kita dekat sini. Ambil gambar Papa dan Mama dulu lepas tu kita bertiga." sampuk Dato Shafwan.

"Guna phone Leya?"

"Guna phone Leya lah. Phone Leya kan cantik kamera."

Aleya angguk, akur dengan senyuman. "Okey boleh!"

Lalu dia mengeluarkan telefon pintar daripada beg tangannya. Pelbagai gaya dan sudut dia mengambil gambar Mama dan Papa sebelum gambar mereka bertiga pula diambil berlatarbelakangkan kota yang indah. Gambar-gambar itu akan disimpannya sebagai kenangan percutian mereka yang sudah lama dinanti-nantikan. Sehingga apabila Datin Mei Yi memuji keychain piano yang tergantung di telefon pintar itu, spontan membuatkan Aleya terhenti sejenak daripada mengambil gambar pemandangan.

"Leya, comelnya keychain Leya ni? Leya beli dekat mana ni?" tanya Datin Mei Yi.

Aleya senyum. Dia perhati Mamanya yang membelek-belek keychain istimewa itu. Bagai pantasnya kilat, wajah Iqbal menjelma di benaknya membuatkan dia makin tersenyum panjang.

Bab 57

"Wan.."

         "Iq..kau dah bangun dah?"

         Meskipun masih terasa mamai baru bangun daripada lena panjangnya tadi,tetapi demi mendengar suara Iqbal yang tiba tiba memanggil namanya,Idzwan tidak kisah untuk bangun dan layan lelaki itu.Dikerling sejenak pada jam di tangannya.Patutlah dia masih mengantuk,baru pukul 3.35 pagi.

          Dia pelik melihat Iqbal yang boleh bangun seawal itu,padahal lelaki itu baru sahaja tidur pukul 12 tengah malam tadi.Dia sedar keadaan sepupunya dalam minggu ini sahaja tiap tiap hari bagaikan memakan diri lelaki itu.Setiap jam.Setiap minit dan setiap saat keadaannya akan berubah sedikit demi sedikit.Dia tidak sangka progresnya kali ini sangat cepat,tidak seperti sebelum ini.Kasihan Iqbal.Walaupun dia hanya melihat,tetapi sebenarnya dirinya turut terasa seperti ditikam sekali semata mata terpaksa menerima perubahan sepupunya yang nampak semakin teruk.Kini,sepupunya itu sudah tidak boleh bergerak lagi seluruh tubuhnya,melainkan kelopak matanya.Namun,masih syukur kerana masih boleh bercakap walaupun kedengaran makin payah dari hari ke hari.

           "Iq..kau dahaga ke?Nak air?"tawar Idzwan,sesekali jarinya menggosok matanya yang masih terasa kantuk.

           Namun,lelaki itu dilihat sekadar senyum.Tidak lagi dapat mengagak jawapan sebenar sama ada mahu atau tidak mahu memandangkan sepupunya itu sudah tidak boleh mengangguk atau menggeleng lagi.Apa yang dia boleh respon hanyalah senyum atau melalui perkataan.

           "Maksud kau,Iq?Nak air ke?"tanya Idzwan lagi masih terasa keliru.Baru dia ingin capai botol air daripada meja sisi,tetapi tiba tiba Iqbal menyoalnya sesuatu,membuatkan Idzwan terhenti pergerakannya.

           "Wan...Ha-ri ni ha-ri ap-pa?"

           "Hari ni Rabu.Kenapa,Iq?Kau...ada plan apa apa nak buat ke?"Idzwan sebenarnya rasa sebal hatinya walaupun sepupunya itu hanya menyoal hari apa.

           Senyum lagi.Berkelip kelip kelopak mata lelaki itu meskipun matanya hanya menghala ke atas.

           "Kenapa kau tanya pasal hari tadi,Iq?"Idzwan tidak puas hati dia masih tidak mendapat jawapan daripada Iqbal.Lelaki itu hanya senyum.Apa yang dia dapat faham sebalik maksud sebenar kalau tidak melalui perkataan?

            "Wan...kau..nak ta-hu ta-ak?"

            "Tahu apa,Iq?"

            "Kau sla-lu ta-nya ak-ku tap-pi ak-ku ta-ak per-nah ba-gita-hu kau.."

            Idzwan diam.Dia tidak tahu untuk membalas apa untuk Iqbal.Hatinya terasa sebak untuk menyoal lelaki itu lagi."Hm.."

             Iqbal nampak tenang sahaja air mukanya,seolah olah tidak rasa susah langsung dengan kekurangannya waktu itu.Bibirnya sentiasa tersenyum manis.Itu yang membuatkan Idzwan bertambah sayu.Dia mahu sepupunya itu sembuh semula seperti remaja lain.Tambah lagi apabila masuk sekolah tak lama lagi akan ada banyak benda yang menyeronokkan menanti lelaki itu.Dia harap sangat kekurangan ini hanya sementara sahaja.Jadi sebab itu dia juga usaha semampunya.Terus bagi sokongan di sisi lelaki itu.

            Namun,kata kata lelaki itu malam itu buatkan hatinya rasa takut.

           "Ak-ku ta-ak per-nah ba-gita-hu kau ap-pa yan-g ak-ku ra-sa.Ka-lau kau na-k ta-hu,im-pi-an ak-ku            ad-dalah  na-k jum-pa ib-bu dan       ab-bah ak-ku..Ak-ku na-k ting-gal deng-an ib-bu ab-bah ak-ku sa-ma    sa-ma..Seb-bab tu ak-ku sla-lu do-a     ib-bu ab-bah ma-suk syur-ga.Ja-di   ak-ku bol-eh usa-ha ma-suk syur-ga da-n jum-pa ib-bu ab-bah..

          Mendengar kata kata Iqbal itu walaupun satu satu membuatkan Idzwan rasa lain macam.Dia seakan tidak sedap hati."Apa kau merepek ni,Iq?"

           "Ak-ku ri-ndu ib-bu ab-bah      ak-ku.It-tu yan-g ak-ku ta-k per-nah ba-gita-hu kau.

            "Perasaan sebenar aku."

            Diam.Idzwan terkedu.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now