4.Discharged

79 6 0
                                    

Bab 5

"Saya dah periksa keadaan Aleya.Alhamdulillah,dia takde apa apa masalah.Aleya dah boleh discharge malam ni."

"Alhamdulillah.."Papa,iaitu Dato' Shafwan meraup muka,menunjukkan kesyukuran kepada berita itu.Manakala Mama,Datin Mei Yi Abdullah sudah bertindak memeluk lengan Papa sambil tersenyum penuh suka.Aku pula sekadar melemparkan pandangan kosong pada mereka sambil bersandar malas pada kepala katil hospital.

"Cuma saya nak nasihatkan supaya Aleya-

Bicara doktor muda itu terkunci sebaik tersedar aku bingkas dari katil,lalu terus ke almari yang tersedia di bilik VIP itu untuk mengemas pakaian pakaian yang kebetulan dibawa oleh Mama.Boleh tahan banyak baju dan seluar yang Mama bawa ke situ.Fikiran jahatku menuduh Mama sengaja ingin aku berlama di hospital,tak payah balik balik rumah.

Aku selamba memasukkan pakaian demi pakaian ke dalam beg sandang yang kebetulan turut dibawa meskipun pandangan daripada tiga orang insan yang berbincang tadi sudah dilemparkan untukku.Aku dah tak kisah.Aku takde mood.Apa yang berada di fikiran adalah aku mahu cepat cepat keluar dari hospital 'neraka' ini.

"Leya,why are you so rude?Tak dengar doktor nak pesan apa tu?Siapa ajar perangai macam tu hah!"

Tingkahku terhenti sejenak saat Mama berani menegurku.Tak pandang pun wajah Mama,aku mengetap gigi tanpa ada siapa yang tahu.

Mama tanya siapa yang ajar semua tu?Kalau tidak ada secebis rasa hormat dalam diri aku ini buat Mama dan Papa serta tidak mahu memalukan mereka, aku akan jawab Mama dan Papa yang ajar aku semua ini!Sebab Mama dan Papa, aku menyimpan perasaan yang makin lama makin mampu membakar hatiku.

Aku tidak bercakap apa apa sebaliknya mencapai kasar sepasang baju dan seluar sebelum beredar menerpa pintu bilik air.Aku nak tukar pijamas hospital itu cepat.Rimas.

*****

Bab 6

Aku tidak mengikut Mama dan Papa ambil ubat aku di kaunter.Lebih baik aku meminta diri untuk tunggu Mama dan Papa dekat kereta sahaja.Lagipun aku mahu mengurangkan slot terpaksa menadah telinga mendengar bebelan Mama.Aku tahu Mama sudah lama pendam untuk melepaskan amarahnya pada aku sejak kejadian aku yang dianggap bertindak biadap tadi.Nak buat macam mana?Bersedia ajelah!

Orang ramai di kawasan lobi hospital aku redah tanpa perasaan.Di kawasan lobi tingkat bawah ini aku dengar macam macam bunyi dari macam macam sumber.Bunyi orang ramai.Bunyi budak menangis.Bunyi ambulans dan macam lagi.Terlintas sekejap mataku pada katil beroda yang menampung seorang pesakit yang ditolak oleh sekumpulan perawat dengan tergesa gesa.Kelihatan beberapa orang ahli keluarganya turut tergesa gesa mengejar pesakit itu bersama wajah yang penuh kerisauan.Katil itu dibawa naik ke tingkat atas melalui lif.

Aku terpaku sebentar di situ mengekori pesakit yang sudah hilang dibawa lif tadi sehingga mataku tertancap pada seseorang sejurus pandanganku beralih semula ke depan.Entah kenapa,kakiku kejang sekejap.

Lelaki tadi!Kelihatan dia menolak kerusi roda yang menampung seorang wanita tua,mungkin neneknya.Tadinya dia nampak rancak berborak dengan wanita tua itu sebelum dia turut kejang terpandangku.

Kami memandang antara satu sama lain dengan jarak lebih kurang 5 kaki.Sambil tidak peduli dengan pengunjung lain yang lalu lalang.

Aku nampak dia masih tersenyum nipis seperti petang tadi.Sementara dahiku berkerut memandangnya.Pandangan tidak suka.

Tapi kejap!Kenapa aku perlu peduli dengan lelaki yang aku langsung tak kenal tu?Aku sepatutnya cepat ke kereta.Entah entah Mama dan Papa sudah sampai dulu ke kereta daripada aku.

"Siapa perempuan tu?Iq kenal ke?"separuh jalan langkahku terhenti.

"Ermm..kejap ye Nek?"

Aku dapat rasakan lelaki itu cuba mendekati jasadku yang kaku semula.Aku tidak menoleh ke belakang dan tidak tahu kenapa aku hanya biar lelaki itu datang?Tidak terus pergi sahaja.

"Erm..Saya masih simpan nasi lemak tadi."aku perhati dia menyelongkar beg kertas yang dibawanya.Aku kaku."Nah!Ikhlas daripada saya.Awak makanlah nasi lemak ni ya?Elok lagi ni."dia menghulur.

Mataku tidak berkedip merenung nasi lemak bungkus yang dihulurnya.Entah kenapa perasaanku jadi haru biru.Keliru kenapa dia beriya iya ingin aku ambil nasi lemak itu.

"Tadi saya nampak awak pegang perut masa dekat taman tadi.Saya tahu awak lapar.Kebetulan saya ada extra.Awak ambillah."

Aku tersentak. Aku terkejut kerana lelaki itu sedar aku pegang perut?Dia tahu aku lapar?Sedangkan aku sendiri tak pernah perasan.

LIma saat terbuang,sebelum akhirnya aku mengambil jua nasi lemak yang masih kelihatan elok itu.Senyuman lelaki itu masih tidak luntur dari bibirnya.

"Terima..kasih.."perlahan suaraku menutur.Tidak sangka aku boleh mengucap perkataan itu setelah sekian lama.

"Sama sama."dia angguk."Bersyukur awak nampaknya dah keluar dari hospital.Hm..Jaga kesihatan baik baik okey?Sebab, kesihatan yang baik adalah nikmat yang paling ternilai daripada Tuhan.Saya nak minta maaf pasal petang tadi saya kacau awak."

Aku tidak merespon.'Kesihatan yang baik adalah nikmat paling ternilai daripada Tuhan'.Entah kenapa,terkesan dengan kata kata itu,sehingga apabila telefon pintarku terasa berdering di dalam kocek seluar.Segera kucapai dan sedar bahawa Mama yang call.

Dia seakan mengerti.Senyuman terakhirnya dihadiahkan untukku sebelum berlalu ke belakang,ke tempat di mana neneknya menunggu.

Kami akhirnya berpisah di situ.Nasi lemak bungkusan surat khabar itu kupegang dengan kejap.

SAAT DAUN GUGUR DI HADAPAN RUMAHWhere stories live. Discover now