KEJAM

629 25 4
                                    

aku dilayan kejam
perlakuan tanpa ihsan
sambil mata terpejam
walau sudah di pesan

mata tertutup rapi
meskipun api sudah berapi
memekik kepanasan
dipanggang bagai sapi
menjadi abu
perlahan-lahan menjadi debu

tanpa belas
tanpa kasih
aku disisih
tergantung masih

kemudian seorang lagi ditusuk mati
pisau itu tidak dihiris
sedikit tragis
mangsa juga menangis
roh dan tubuh hampir cerai
memekik berharap agar tidak terlerai
namun mustahil untuk dirujuk
apatah lagi hal ini dipujuk
kerana ini kehendak si penunjuk

apabila algojo menghampiri
mustahil yang hidup akan kembali
menemui kenalan yang dikenali
memohon maaf untuk sekali ini

lalu aku dan dia pun mati
tapi dia tidak sepertiku
tiada sentimental, tiada lagu
terus dibiar begitu
tiada apa untuk mengenangku
tak mengapa, mungkin sudah tertulis itu

48 Puisi MatiWhere stories live. Discover now