dari mana dia datang?
aku tak pasti
yang pasti
dia membawa sedulang malang
mahu merisik
bertanya khabar
mungkin mengharap
pinangan di balas luka
aku tak pasti
mungkin sudah di duga
mereka bermimpi untuk menerima
sengsara yang tercetus dilema
menghitung mati menunggu karma
tak pasti juga
sama ada aku punca
aku pembawanya
tapi
aku rasa tempiasnya
rasa tak bermaya
pening
kehendak dunia
sukar ditunaikan
sukar disemaikan
memahami
terlampau sukar
melalui liku kepayahan
huh?
mencabar
terlampau sukar
walau aku tercabar
sial
dari mana kau datang?
jawab kepadaku
siapa menghantarmu?
siapa pendampingmy?
aku menanti jawapan
dari sini
aku masih kosong
mungkin keranamu
tiada warna
tiada guna
aku masih menanti jawapan
masih menanti
di perbatasan
salam
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoesíaDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
