beberapa purnama dahulu
boleh juga dianggap tahun lalu
kecelakaan berlaku
menghantui diriku
kepada ragaku
terseret tubuhku
luka badanku
pada waktu itu
tiada sakitnya
tiada peritnya
entah tidak tahu kenapa
mungkin terkejut
lalu sakit pun tak datang
tapi tidak lama
seraya itu
ketika mahu tidur
tiada nikmatnya
sakit datang akhirnya
membawa yang sepatutnya
air mata mengalir
sakit menemani
tapi tak rela dipujuk
sungguh azab
luka mahu menjadi kuping
lama juga deritanya
mungkin dalam lukanya
terasa
tak mampu berdiri lagi
tiada guna aku di sini
mujurlah
luka akhirnya diubati
akhir sakit meninggal pergi
luka yang lama sudah surut
syukur sudah larut
meskipun masih berparut
tidak mungkin kembali berpaut
sudah cukuplah
janji 1000 kata
mungkir 1000 bahasa
aku bukan boneka
bukan juga tisu
bukan barang permainan
anak kecil
untuk diperkecil
aku ada harga diri
meskipun tiada sempurna diri
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoesiaDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
