Sang algojo
maaf menganggu
menganggu tugasmu
tiada niat menyerbu
mahupun menjemputmu
tetapi hanya mahu mengadu
dirimu pasti tahu
tentang kondisiku
depressiku
ekspressiku
medifikasiku
revolusiku
cintaku
takdirku
hidupku
tuan hanya tinggal
menghitung waktu
yang aku tidak tahu
tetapi tuan
pasti mengikut perintah
akan bila
pohon bidara
luruh daun
pasti terputus nadiku
dijemput oleh dirimu
lalu bercerai roh dengan tubuhku
tiada rujuk
tiada pujuk
sungguh hamba pinta
mungkin kerana tengah derita
walaupun masih tidak sedia
tetapi apakan daya
ujian ini sukar solusinya
harapanku
putuskan nadi aku ketika duka
berikan seribu nyawa ketika suka
agar aku merasa nikmat bahagia
terus bahagia meraikan cinta
itu saja hamba pinta
maaf hamba tiada daya
meski hamba takut
dilanda ribut
terpaksa sebut
maaf menganggu
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoesiaDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
