pisau dicapai
usah biarkan tumpul
pastikan diasah
sangat tajam
aku sedikit takut
juga sedikit kaku
lalu mata aku pejam
pintaku
jangan biarkan aku tunggu berjam
jika berlaku
lebih baik saja aku di rejam
tiada apa mampu aku
menghalang berbuat begitu
akan ku redhai
pancutan darah mengalir
tetap aku suka
walau air mata mengalir
ayuh
tikam lah aku
tetapi satu permintaan
jangan dibelakangku
aku terima
tak mengapa
asalkan ia lambang setia
kerana aku tahu kau terpaksa
pasti hilang egois ku
meski berkali-kali
meski bertubi-tubi
biar aku menangis
janji dihadapanku ada ketawa
tiada riak bengis
dari dia sang hawa
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoesíaDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
