bintang-bintang telah berlalu
mata kini layu
semakin sayu
si pemberi mustahil diberi
hidup lalu berdiri sendiri
tenangkanlah malamku
tidurkanlah mataku
seperti mereka
aku mahu berdiri lagi
sekiranya umurku panjang
dugaan ini sentiasa terbentang
engkau pun tahu
aku perlu lalui
ujian yang baru aku pelajari
hilangkan resah membelenggu
itu membuat aku mahu pergi
kerana putus harapan
menanggung sakit
kurniakanlah aku
mentari untuk menyinar
sedarkanlah aku
mewangi yang mengharumkan
tunjukkanlah aku
jalan yang dekat
agar aku tidak tersesat
dalam dunia yang pesat
resah
pergi perlahan-lahan
agar tiada tekan
aku merayu
janganlah sehingga sayu
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoetryDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
