di dalam kamar
mencari ilham
merenung perjalanan
menyimpul ikatan
melepas dendam
mencari ilham disini
banyak juga diperolehi
terkunci dalam kotak akal diberi
transformasi cuba menjadi puisi
tetapi
terlalu banyak berbual
sehingga terasa mual
banyak angan
sehingga banyak berangan
banyak tekan
sehingga rasa tertekan
kemudian aku merenung perjalanan
hingga tak tersedar
aku sudah di perbatasan
tidak aku sangka
angka berjalan laju
tidak ku sedar pantas berlalu
sehingga tak sedar ianya dipacu
dari si memacu
tiada maju dari pemaju
iaitu aku
ya itulah aku
hanya kegagalan mendatangi aku
habuan tiada dari pemburu
aku juga menyimpul ikatan
pada kamar aku cuba lakukan
tapi telah diperbuatkan
apa mahu harapkan
tiada tuah terhadap badan
mengharap kasih balas tiada
mengharap berguru mahu tiada
mengharap ibu faham tiada
mengharap kawan dorongan tiada
disini aku cuba melepas dendam
setelah sekian lama aku pendam
sekian ketika juga aku hadam
masih juga belum terpadam
banyak yang disimpan
disusun di kotak fikiran
masih tiada penasaran
mungkin binasa kerana baran
di kamar ini aku sendiri
kadang kala
menghitung menunggu mati
yang pasti
nyawaku takkan ku cabut sendiri
jangan risau
aku masih disini
masih ada pedoman waktu ini
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoesieDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
