ada sesuatu menanti
sudah lama memerhati
sentiasa mengekori
malah sudah lama sebati
sentiasa menemani
dikala terasa sepi
ramai yang tidak menggemari
malah ramai membenci
kerana dia
aku dihalangi
di sangkal yang aku sukai
meski itu aku minati
walau itu aku hajati
dia boleh buat aku berpaling
kerana dia kerja tak menjadi
kerana dia peluang datang dan pergi
membuatkan aku terus kelaparan ilmu
terus kebuluran kejayaan
meski fikiran telah jemu
meski jauh aku ketinggalan
itu janggal
apa guna umur panjang
tapi tak cari matlamat hidup
apa guna umur panjang
kalau jadi biawak hidup
itu situasi aku harungi
malas sentiasa mendekati
hidup tiada guna lagi
lebih baik aku mati
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PuisiDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
