darsawarsa
hilangnya cahaya
gelap merasa
bahaya terasa
kini aku meraba-raba
terkapai-kapai
mendapatkan penyuluh
agar dicapai
bebas dari kegelapan
sekurang-kurangnya
aku mahu sebatang lilin
meneruskan hidup
sungguh sunyi
semuanya hitam
semuanya malap
satu persoalan
adakah barzarkh seperti ini?
keseorangan...
tidak terlihat makhluk menghampiri
untuk datang memberi
cerah pada zahir
gelap pada batin
tiada lagi keriangan dunia
mungkin dunia aku kecil sahaja
tak perlu dijaja
jari telunjuk pada lampu
aku dicari ketika mahu
apabila siang lampu tak perlu
kerana ada matahari menyinarimu
dunia bukan untuk aku
tapi untuk orang kaya
sebulat bumi
seluas mahsyar
cahaya terang tidak aku jumpa
mungkin diredhai tiada
mungkin khilaf sendiri
harus cari sendiri
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PuisiDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
