hadirnya rasa luluh
disitu munculnya keluh
lalu keluh menjadi peluh
perlahan-lahan terus meluntur
aku sangka
aku disayangi
aku sangka
aku mampu melihat pelangi
tetapi apakan daya
hilang seribu daya
kehadiran cuma seraya
mungkin juga sia-sia
sayang dan disayangi itu satu perasaan berbeza
sangat berbeza
malah amat berbeza
membuatkan manusia rasa ketagih
hakikatnya
aku penangih
terus menangih simpati
rasa ketagih terhadap empati
sentiasa ditagih oleh mati
maafkan aku
izinkan aku pergi
atau lebih tepat pada mati
walaupun aku takut
terus juga aku menanti
kerana perhentian ini bukan pasti
seperti disana sudah dijanji
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoesíaDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
