masih dalam keramaian
masih tidak bahagia
mengimbau nostalgia
yang terkilan dan dusta
di dalam keramaian ini
tidak ku rasa seperti pesta
lambakkan keriangan diluar
tapi didalam ku rasa barua
terasa hilang
batin meninggal pergi
hanya roh kosong menemani
tiada kata
perasaan
ketawa
menangis
marah
sudah tiada
tiada masa untuk bercerita
tiada rasa untuk berkongsi
mungkin kerana sangsi
tidak percaya pada yang lain
tiada lagi wanita
buat aku tergoda
tiada lagi serakah
buat aku ternoda
aku rasa perasaan yang bahagia
daripada mata ku berzina
menanggung dosa
aku harap ini akan kekal
kerana aku rasa lebih berakal
tiada dukun tiada tangkal
kerana kini
fokusku hanya
konsonan dan vokal
semoga aku terus cekal
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoesíaDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
