marah pada zahir
pemaaf pada batin
aku harap ada yang mengerti
fahami istilah marah
hadami maksud dendam
diriku tiada dendam
apatah lagi memendam
asalkan gunung berapi
memancutkan larva
meletus
namun engkau sempat lari
kerana telah menghitung hari
sudah mengerti
aku harap ada yang mengerti
dapat menerima diri ini
marah bukan sifatku
kuat nadanya
tiada maksudnya
walaupun tercetus konflikasinya
tetapi percayalah
isinya basi
sudah berkulat
akhirnya aku buang
asal kau berikan ruang
untuk aku berjuang
jika tidak boleh
biarkan saja larva bertahan
biarkan purnama dihitungkan
tanpa restuku
tanpa sangkamu
lalu ia meletup
meletus
lalu dibiar mati
mati rentung
tidak sempat berlari
akhirnya memakan diri
mungkin kau akan suka
kerana ia syahid kecil
tetapi percayalah
dunia ini masih batil
untuk tiada perang
tidak bencana
tiada sengsara
bara api pasti akan hilang
sekirang pili bomba menghalang
tidak akan marak
selagi tiada semarak
percayalah
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoetryDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
