tak tahu bagaimana untuk mulakan
sukar untuk diceritakan
ketakutan menjajah fikiran
akalku ditawan kebencian
airmata tak mampu mengalir
tetapi hati sentiasa berpetir
bala datang bertalu-talu
hanya terduduk diam terpaku
hanya puisi, syair dan lagu
menjadi sahabat sejatiku
keluargaku ialah musuhku
sahabatku ialah musuhku
diriku ialah musuhku
semua makhluk ialah musuhku
aku yakin mereka tak akan mengerti
walau aku ulang berkali-kali
semua ini salahkan sekelilingku
mereka buat aku sehingga tiada senyum di raut wajahku
lalu akhirnya aku duduk terpaku
aku mahu bercerita
tapi aku takut akan derita
aku tak percaya semua
itu yang membuat berat dikepala
aku rasa mati yang terbaik
walaupun itu bukan yang terbaik
aku tak mahu berjumpa malik
tetapi aku tak ada jalan yang lain
semoga umur aku panjang
tuhan beri aku kekuatan
panjang umur aku untuk menjadi jantan
dan akhirnya aku berjaya di perhentian
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoesíaDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
