MATA

42 0 0
                                    

mata zahir
kejadiannya amplyobia
kabur di kiri
terang kanannya
di kanan rajin
kiri malas kondisinya
akhirnya
mata kanan kepenatan
semakin pucat
semakin layu
tidak seperti kiri
masih segar-bugar
seperti biji guli
namun ia masih kabur
masih tidur
tak mahu membantu
mungkin juga tidak peduli
tercetus melankoli
tapi mujur juga
pemilik mata tidak buta
masih ternampak jelas
kehinaan yang luas
serta serakah yang buas

mata hati
dahulunya kabur
serayanya telah buta
selepas itu dia mati
tiada yang ubati
tiada siapa yang jaga
lalu terbiar kodokushi

lalu disimpul keduanya
secara dasar
termasuk ringkasan
serta secubit pengaruh batil
mata kulihat
tidak stabil
apabila dipejam juga
tidak berehat
kondisinya penat
penat dengan malu
malu dengan pilu
sedikit sayu
meskipun dirasa tidak perlu
kerana dia masih sempurna
akal zahir batin
masih berjalan lurus
masih sempurna tubuh
masih terpandang terus

tiada ragu
meski ada cemburu
tapi tiada syukur
dalam jiwa
serta kepuasan
kerana bukan kecacatan

belajar untuk terima

48 Puisi MatiWhere stories live. Discover now