KETENANGAN YANG HILANG

46 0 0
                                    

semuanya hilang
ibarat pencucuh api
mencari kebahagiaan
tetapi turunnya musuh
guruh
dulu turunnya pelangi
selepas hujan dan luruh
tetapi tidak lama
hujan turun lagi
bahagia pun pergi

impian semua
berahi asmara
mahu di dodoi
mahu di belai
oleh bidadari
untuk memeterai
janji yang terikat
supaya tidak pergi

namun kegagalan di akhir solusi
ekspressi tak dapat ditunjukkan
cuba diperbaiki
tapi tidak terungkai
perumpamaan
kelopak bunga berguguran
kini cuma tinggal tangkai
bersama bingkai cermin
yang sudah retak seribu
di palu
terasa di pukul di palu
lalu terasa malu
cukuplah sampai di situ

bosan dengan aku dengan hidup
beribu batu aku jelajahi
mencari tempat redup
untuk berteduh
tetapi tak ku jumpai

arghhh
bosan aku dengan penat
kata seorang bidadari
dari kota sebelah
aku juga begitu
jiwa semakin terbelah

tubuh terasa rebah
tak bermaya lagi

48 Puisi MatiWhere stories live. Discover now