PENJARA

108 2 0
                                    

dunia ini penjara
untuk penghuni syurga
jiwa memberontak
disaluti perasaan lara

aku juga seperti penghuni syurga
tapi aku isinya neraka
hidup aku juga terpaksa
meneruskan hidup yang kian celaka

aku terus dibelenggu
disebalik tirai kesedihan
digari bersama kemurungan
terbaring di lantai kepedihan
terus merintih di dalam kegelapan

aku mahu bebas
terbang seperti burung
berpelukkan seperti belangkas
serta ketawa seperti anak kecil
tapi
dunia aku sentiasa kecil
mungkin kerana aku peneroka terpencil
tak berpeluang meneroka lebih
membuatkan aku terkebil

doaku kini
kemurungan ini segera diatasi
hukuman lara sudah diampuni
seksa batin puas ditempuhi
agar kehidupan sebenar dapat kulalui
seperti mereka pencinta duniawi

48 Puisi MatiWhere stories live. Discover now