aku bermimpi memetik bintang
sangat dekat
berwarna pekat
cantik apabila di dekat
seraya sedar dari beradu
baru aku sedar dalam hidup
aku masih cari tempat beredup
perlu sedar dari mati
hidup ini tak seindah mimpi
seperti biasa ku dengari
terutamanya apa apabila
manusia berjanji
matahari tak selamanya di timur
siapa tahu kelak dia akan ke barat
seraya manusia semakin keparat
mungkin masa itu aku akan dapat
mimpi yang aku hajat
manusia tak semuanya panjang umur
mati atau tidur
semangat dibawa kendur
disitu kita tengok
mimpi akan dibawa hanyut
janggal
itu terpulang
tidak puitis
tiada bakat ku karang
turunnya baiduri
jatuhnya rama-rama
turun si bidadari
mahu hidup bersama
tetapi tidak seperti dalam mimpi
meskipun hanya mimpi
timbul tenggelam dalam fantasi
harapan yang cela terus hidup dalam realiti
waktu itu mungkin kita sedar
roh hilang dari radar
mungkit detik hidup cukup sekadar berinsang berala kadar
pada mungkin waktu itu
perlunya ibadah
di dalam diri ini
berhabuankan padah
padah yang bukan sekadar madah
tapi madah yang membawa tuah
agar ia terus berbuah
ANDA SEDANG MEMBACA
48 Puisi Mati
PoesiaDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa
