MASA

32 0 0
                                    

kenapa
pantas berlalu?
sungguh laju
tanpa aku sedari
engkau tinggalkan aku
terkapai-kapai
aku di perjalanan
mabuk dalam keramaian
tak sedar kau pergi
pitam aku sendiri
di perjalanan
rohani
rabbani
hilang semuanya
kerana aku terlena
cilaka

kenapa
adakah kau mencemburuiku?
tak suka kah kau akan bahagiaku?
mengapa beruban rambut ayahku?
mengapa perlahan jalan ibuku?
aku takut
mereka menghitung hari
transformasi kini menjadi realiti
sungguh laju
ia terjadi
aku masih tak mampu
kehilangan mereka
kasih sayang mereka
seperti baru ku rasai
belum puas aku hayati
aku mahu zaman kecilku
aku mahu di peluk ayahku
aku mahu di dodoi ibuku
kembalikan padaku
masa itu
aku dihargai

kenapa
kau berlari dari aku?
sehingga aku mengejar laju
walhal kau tahu aku tak mampu
terlalu luluh dan keluh
sesungguhnya
aku manusia
meskipun dimata makhluk
aku mulia
hakikatnya aku si pendosa
pendosa durjana
menanti bahana
sepertinya
aku ini yang merinduimu
kau terlalu pantas
meskipun aku pelari pecut
aku tak mampu
meskipun aku kereta laju
masih juga tak mampu
kerana lumrah begitu
terluka kesakitan
kerugian

kenapa
kau keberuntungan?
dirimu emas disaluti
sungguh mahal
tak mampu aku miliki
walaupun aku sekaya sulaiman
tak mampu aku dapatkan
walaupun aku tawan sedunia
tak mampu aku leraikan
misterimu
untuk kau berhenti
mustahil
lumrah alam
aku faham
lagi pula
sukar untuk dihargai
hakikatnya
aku dalam kerugian
manusia di tepian
tak beruntung
kesepian

48 Puisi MatiWhere stories live. Discover now