tuhan
sungguh kosong hatiku
sedih dan sayu
namun tiada air mata
hanya terdiam
mungkin direndam
hilang arah
salahkah aku sebagai
pendosa
tiada tiang
tanpa pegangan
lalu rebah
kini sudah tersungkur
aku mahu mati
kerana hujan
taufan juga menanti
tak pasti
kenapa aku begini
aku mahu mencarimu
namun
malas menghasutku
nafsu merayuku
aku penderhaka
terhadapmu
dan orang tua aku
beri aku kekuatan
izinkan aku melihat angin
izinkan aku menyentuh bulan
agar aku lebih bersyukur
lepasan atmosfera
lembah penghinaan
sebuah penkhianatan
lalu tunduk ke bumi
hidup tertekan
kerana penjara
rasa terkurung
seperti terkubur
kemudian diperhati
oleh si bengis
impianku
walau menumpang kasih
tetap mahu menjamah kebahagian
aku tahu
tiada sujudmu
tiada pujaku
mungkin
terlalu mengikut jiwa
terus dia sakit
menusuk
lalu terhakis
maafkan aku
YOU ARE READING
48 Puisi Mati
PoetryDunia bukan untuk aku Tapi untuk orang kaya Sebulat bumi Seluas mahsyar Cahaya terang tidak aku jumpa