"Hey guys. Korang kenapa pandang aku macam tu sekali? Chill lah." Aku melihat satu persatu wajah sahabat baik suami aku. Mereka memandang sayu ke arah aku.
"Kau okay?" Tanya Tengku Najmi Ariffudin.
"Okay."
"Are you sure?" Tanya pula jejaka di belakang Najmi, Engku Rafqal Amirullah.
"Yes." Aku memusing melihat pasangan bahagia itu. Berbusana putih. Sungguh cantik dan padan. Ibarat pinang dibelah dua. Air mata yang ditahan mengalir dari tadi, akhirnya mengalir dipipi bersaksikan mereka bereempat.
"Kau still nak stay ke?" Aku mengangguk walaupun hati ingin sahaja lari dari sini. Raja Fairuz Amsyar mengeluh.
Tengku Nik Amir menghulurkan aku sehelai kain kecil. Nak suruh lap air matalah tu.
"Meh aku iring korang ke kereta." Aku mendahului langkah mereka di depan. Ketika itu, aku mendengar dia menjerit memanggil aku, "Aira!!!"
Tiba-tiba, aku terasa tubuhku ringan melayang kehadapan. Badan dan kepalaku rasa sakit sangat. Mataku berbalam-balam melihat mereka berempat dan Ray berlari kearahku. Akhirnya, terpejam.
"Aira! Aira! Bangun." Tubuhku rasa digoncang. Aku bangun terduduk. Terasa ada air mata mengalir di pipi. Wajah Ray kelihatan risau di depan mataku.
"Kau mimpi apa?" Tubuhku dipeluk eratnya. Aku menangis teresak-esak. Sudah tidak aku hirau hingus meleleh ke, sememeh ke muka aku.
"Aira minta maaf buat awak risau. I'm fine." Kataku apabila tangisan sudah redha. Tapi bahu masih tehejut-terhenjut akibat esakan tadi.
"Kau menipu pun beragaklah." Dia mencuit hidungku dan memberi satu senyuman manisnya. Sungguh aku tenang melihat senyuman itu.
"I dream about us."
"Kenapa sampai menangis? Ni mesti sebab aku matikan." Aku yang mendengar katanya terus mencium bibirnya. Sungguh aku tidak suka denga apa yang baru sahaja diperkatakannya. Aku melepaskan bibirku dari bibirnya.
"Jangan macam tu. Saya tak suka. Dalam mimpi saya tadi ada BFF awak, si Najmi, si Rafqal yang gatal tu, Fairuz dan Nik."
"Eh-eh, kenapa dia orang sibuk masuk dalam mimpi awak?" katanya geram. Cemburu ke cik abang?
"Mestilah dia orang ada. Sebab waktu tu hari kebahagiaan awak."
"What do you mean?" Ray mengerutkan dahi.
"Awak kahwin dengan anak angkat Mak Ngah. Puteri Yasmin Aurora." Kataku perlahan dan menunduk.
"Apa awak merepek?!" Terangkat bahuku apabila dia jerkah begitu.
"Waktu saya iring BFF awak ke kereta, ada lori langgar saya. Saya tak sempat nak mengelak bila awak jerit nama saya." Aku menangis bila mengingat semula mimpi itu.
"Shush..." Dia memeluk dan mengusap belakangku. Sungguh aku rasa dilindungi bila berada di dalam dakapanya.
"Semua tu mainan syaitan sahaja." Dia membaringkan tubuhku disisinya. Lengannya menjadi alas kepalaku. Aku memeluk erat pinggangnya.
Ray menepuk belakang isterinya lembut. Mendodoi ingin menenangkan hati gadis itu. Teredengar dengkuran halus dari bibir kecil itu. Sungguh dia rasa bagai ditarik nyawa bila mendengar kisah mimpi Aira. Bagaimana dia sanggup menduakan isteri yang mula dia cintai. Tambah sakit dada bila mendengar bibir kecil itu mengatakan dia dilanggar. 'Ya Allah, kau jauhkanlah perhubungan kami ini dari gangguan syaitan dan iblis laknatullah. Jauhkanlah kami dari dendam dan hasad dengki manusia. Berikanlah kami kebahagiaan dunia akhirat. Berkati dan rahmatilah hubungan halal kami ni.' Doa Ray didalam hati.
"Selamat malam, permaisuriku." Ray mengucup ubun-ubun Aira.
-CKK-
DONT FORGET TO VOTE AND COMMENT

ANDA SEDANG MEMBACA
Datuk or Dato'?
RomanceSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...