"Along, Angah, Alang." Intan memanggil abang dan kakaknya berkumpul di biliknya. Tapi masing sibuk dengan gajet masing-masing. Remaja sekarang suka sangat menghabiskan masa yang terluang dengan gajet di tangan. Ini kalau ibu mereka tahu pasti dipiat-piat telinga. Entah kerja sekolah sudah siap ke tidak. Nasib baik guru tuisyen mereka akan datang malam ini untuk adakan kelas matematik, kalau tidak mahu semua bazirkan masa sahaja.
"Ish, adik ni. Panggil kami tapi berangan pula?" Ariffin menolak bahu adiknya.
"I'm sorry." Kata Intan. Pantang leka pasti dia akan berada dalam dunianya sendiri.
"Esok, abah's birthday. So, we need to plan something." beritahu Intan. Matanya memandang planner yang besar di tampal di dinding biliknya.
"Ibu tahu tak?" Tanya Iman. Kalau mahu lebih menarik pastilah dengan mengajak ibu mereka. Maklum sahaja perempuan yang melahirkan mereka itu tidak pernah lokek idea yang mengejutkan dalam meraikan hari jadi si abah. Teringat dengan majlis hari jadi abah pada tahun lepas.
"Abah, what happen to our house?" Mereka bertiga iaitu Iman, Intan dan Ray berdiri di depan pintu rumah. Berterabur belon penuh di ruang tamu sehingga tidak menampakkan apa-apa perabot. Tiba-tiba ada drone terbang dengan sehelai kertas pesanan yang diselit. 'Sila ikut saya 💋'. Kaki mereka mengikuti drone yang membawa mereka ke arah kolam.
"Wow." teruja Iman dan Intan melihat ada lilin terapung diatas kolam. Suasana yang sangat romantik. Terbit di kepala mereka satu perkataan 'Ibu' dengan senyuman di bibir.
"Happy birthday to youu...
Happy birthday to yoooouuu....
Happy birthday to abang....
Happy birthday to youu..." Kaki Aira melangkah mendekati suami dan anak-anak perempuannya. Ariffin dan Ariffudin mengiringi nyanyian ibu mereka dengan bermain ukulele.
"Siapa punya plan ni?" tanya Ray. Ariffin dan Ariffudin terus menunding jari ke arah ibu mereka. "Ibu."
Mereka berempat hanya menutup mata apabila adegan romantik berlaku. Aira menepuk bahu suaminya sambil menjegil mata. Tak beragak lansung depan anak-anak pun lepas laku. "Ibu's face red like tomato." Ketawa mengekek kembar empat itu. Bahagia melihat abah dan ibu mereka yang tidak lokek menunjukkan kasih sayang di depan mereka. Malah, abah dan ibu mereka juga sentiasa mengucap rindu, sayang dan cinta di antara satu sama lain di depan mereka. Sebagai anak, hanya memanjatkan doa agar pasangan ini sentiasa mengasihi antara satu sama lain agar keluarga mereka penuh dengan barakah cinta.
"Ok, amacam Angah?" Iman tersedar dari bayangan memori indah keluarganya.
"Hah?!" Dia tidak dengar lansung apa yang dibincangkan oleh abang dan adik-adiknya. Aduhai. Jalan je lah, ikut aje yang mana mampu. Tidak tahu tanya sahaja pada si Intan, mastermind.
*******************
"Ibu, mana abah ni?" Intan dan Iman dah menggosok-gosok mata menahan ngantuk. Walaupun, otak sudah penat dan letih kerana baru sahaja selesai kelas matematik tapi itu tidak mematikan niat dan rancangan mereka dalam menyambut hari jadi abah kesayangan mereka.
Aira pula sudah berkali-kali melihat telefon bimbit ditangan. Tiada tanda-tanda mesej atau panggilan daripada sang suami. Malah, panggilan dan mesej yang dihantar juga tidak dibalas lansung. Hati ini sudah gundah-gulana memikirkan sesuati terjadi kepada Ray. Ucapan Alhamdulillah terlafaz dibibir apabila mendengar bunyi kereta dari luar. Agak lewat juga lelaki itu pulang. Nasib baik esok hari minggu tidaklah dia risau juga membenarkan anak-anaknya berjaga lewat.
Ray menatap muka isterinya. Tangan dibawa membelai pipi itu. Sudah banyak yang berlaku dalam kehidupan mereka berdua. Tapi, isterinya tetap tabah dan sentiasa ada disisinya dalam memberi nasihat dan semangat. Entah kenapa dua tiga hari kebelakangan ini dia terasa rimas dan lemas dengan isterinya. "Abang, are you okay?"
Tali leher cuba dirungkaikan oleh Aira. Beg bimbit suaminya diletakkan di sofa. Terkejut dia apabila tangannya ditepis oleh Ray. "Ray penat."
"Ibu." Ariffin memanggil ibunya. 'Allahu.' macam mana dia boleh lupa dengan keberadaan anak dia yang sedang tunggu dengan sebiji kek di dapur. "Along, suruh adik-adik masuk bilik ye. Rehat. Esok sahaja kita sambut hari jadi abah."
Ariffudin mengangguk. Langkahnya diikuti, Ariffin, Iman dan Intan. "Along, did something happen between abah and ibu?" tanya Intan. Bukan dia tidak nampak kesayuan yang terbit di muka ibunya.
"Nothing. In sya Allah, everything will be fine." Kepala Intan disentuh lembut oleh Ariffudin. Tidak mahu adik-adiknya terlalu berfikir.
*****************
Ray memandang sayup tubuh isterinya. Teringatkan pula pada Puteri yang sudah lama menghilang tiba-tiba menjelmakan diri di depan pintu pejabatnya. Minda kembali mengulang tayang kejadian yang baru berlaku pada beberapa jam yang lepas, dia tidak sepatutnya mengarahkan isterinya sebegitu tapi dia betul-betul sedang keliru.
Aira yang membuka pintu bilik mereka sambil menjinjit beg bimbitnya memberikan senyuman manis kepadanya. Tidak pernah isterinya meninggalkan rutin dalam menyediakan pakainya walaupun dalam masa yang sama menjadi seorang pengusaha fesyen wanita yang sudah sebaris dengan Neelofa, Viy Yussof, Hanis Zalikha dan ramai lagi. Selesai sahaja dia menyarungkan pakaian tubuhnya dibaringkan di atas tilam. "Aira."
Tanganku diawang apabila mendengar bait kata yang baru sahaja terkeluar dari bibir itu, "Tinggalkan abang sendirian. I'm too tired."
Lantas, aku turun dari tempat beradu kami. Tangan yang aku hulur untuk salam hanya dibalas dengan pejaman mata. Mungkin ada salah yang telah dilakukan dan itu sebab mengapa Ray tiba-tiba mengasingkan tempat tidur mereka. Tapi, bila difikir balik pastinya Ray akan duduk berbincang dengannya. Tak mengapalah.
Kepala yang mencecah bantal terus membuatkan air mataku laju mengalir. Bantal dipeluk erat dan ditekup ke mulut supaya esakan tidak kedengaran dari luar. Tidak mahu anak-anaknya salah faham dan risau akan hubungan mereka. "Abang... apa salah Aira?"
-CKK-
Salam guys. Maaflah lambat update. Aduhai, tahan air mata sahaja sis tulis entry kali ini. Kenapalah si Ray tu? Jahatnya... Mesti korang marahkan sebab sis update lambat. Sorry sangat-sangat. Jangan lupa vote dn comment.
Tak lupa nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada readers kesayangan sis semua + SELAMAT HARI JADI YANG KE 60 BUAT NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA. Rasaya tak terlambat lagi kan. Hehehe. ❤❤❤😘😘😘
YOU ARE READING
Datuk or Dato'?
RomanceSiapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...