Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi penda...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Wow." Kagum jap. Hall ni opera hall ke? Tak akanlah hotel suami dia ni ada buat event opera.
"Eh, sayang. Morning." Tegur Ray. Suaranya bergema dalam dewan besar tu. Aku tengok dia berada di bawah diatas pentas. Aku pula ditingkat atas.
"Jap. Abang, nak turun macam mana?" Semua staff dia memandang ke arah aku.
"Pergi naik dekat situ buat apa? Ismail mana?"
"Ismail? Ooh, Ismail yang dekat lobi tadi yea. Hmm entah." Aku mengangkat bahu tidak tahu.
"Eh, Ismail. Awak pergi jemput isteri saya dekat atas tu." Ray menegur Ismail yang baru sahaja masuk ke dalam dewan megah itu.
Aku yang tak nampak sebab pintu dewan mungkin dibawah balkoni. Kira balkoni la ni kan sebab dia macam tempat duduk VIP penonton persembahan opera. (Harap korang faham apa yang sis sampaikan 😂)
Pintu yang aku masuk tadi dibuka dari luar. "Mari Puan Xendra." Ismail rupanya.
"Jom. Ismail, kenapa dewan tu besar sangat?"
"Itu conference hall. Dewan tu dah disiapkan dengan beberapa pasang kerusi yang disekalikan dengan meja lipat. Kapasiti Diamond Hall lebih daripada 5 000 orang. Selalunya dewan ini ditempahkan untuk kursus, forum, dan banyak lagi. Dalam resort ini, telah direkakan 5 buah dewan. 2 buah conference hall dan 3 buah ballroom. Diamond Hall menjadi satu conference hall yang sangat besar berbanding Ruby Hall."
"Rayyan tengah set up Diamond Hall untuk event apa?"
"Puan Xen tak baca ke tajuk yang terpampang di surat khabar tadi?"
Aku membuka semula surat khabar yang terlipat. Besar tajuk surat khabar hari ini. 'PEMILIK XOXO'S PEREMPUAN SIMPANAN JUTAWAN MALAYSIA.' Pergh, lemak santan berkrim je penulis berita ini. "Awak maksudkan yang ini?"
Ismail mengangguk. "Dato' Sri dapat tahu daripa PA dia di KL. Jadi, disebabkan itu dia mengadakan media conference secara mengejut mengumpul semua pihak media yang ada di Malaysia untuk menjelaskan isu sebenar. Subuh tadi dia dah gesakan staff-staff untuk uruskan berkaitan Diamond Hall."
Patutlah menghilang dari subuh gajah. Panggilan tidak diangkat dan direject. Rupanya sebab ni, memang cari nahas sungguhlah yang tulis berita ni.
"Sayang." Ray datang memelukku. Aku yang geram terus menarik telinganya.
"Adoi-adoi, sayang. Sakitlah."
"Lagi sakit hati sayang. Orang duk risaukan dia. Lain kali cubalah selitkan nota ke, pesanan ke."
"Alolo, sayang. I'm so sorry." Ray menggosok telinganya yang merah.
"I'm sorry tofo." Aku menjingkit kaki meniup telinganya.
Tangan aku digenggamnya. Aku memandang wajahnya yang merah. "Kenapa?"
"Sayang ni nak goda abang ke?"
"Haih, bila pula yang sayang nak goda abang? Sayang nak bagi sakit telinga abang tu kurang."
Rayyan ketawa mendengar soalan isterinya. Walaupun, 4 tahun Aira membawa diri. Kenaifannya tetap ada menghiburkan hatinya. Kalaulah isterinya itu tahu jantungnya tadi dilanda gelora ombak yang mengganas. Perutnya terasa ada rama-rama (butterfly in stomach orang putih kata gemuruh.)
Staf-staf ada disitu menjeling dan berkata tentang pasangan itu. Sibuk duk jaga tepi kain orang menganyam ketupat. Ada yang suka dengan kemesraan pasangan suami isteri itu. "Perhatian. Saya nak kenalkan awak semua dengan isteri kesayangan saya, Datin Sri Paduka Xendra Aira."
"Please, just call me Xen." celah aku. Pandangan tajam Ray aku endahkan. Tahu yang dia tidak suka aku mencipta hubungan rapat dengan staffnya. Takut ada yang mengambil kesenangan dan memijak kepalanya. Bagi, aku selagi orang hormat aku, aku akn hormat dia. Jika buat 💩 dengan aku, jangan salahkan aku bila aku jadi iblis.
"Saya harap awak semua berikan layanan yang baik terhadap isteri saya. Jika ada apa-apa aduan dari isteri saya, saya tak segan-segan untuk ambil tindakan atas perlakuan awak semua. Ingatkan pada staff yang lain juga. Jangan ingat saya tak tahu. Mata-mata saya banyak untuk informkan pada saya." Lembut dan tegas dalam bicara itu.
"Garang sangat boss awak ni kan." kataku itu disambut gelak ketawa staff hotel yang ada disitu.
"Saya rasa nak berikan ucapan lak. Ehem-ehem." belum sempat aku menyampaikan ucapan. Tanganku telah ditarik Ray. Terpaksalah ikut langkah dia.
"Ish, abang ni potong betul. Cuba jangan dengki sangat."
"Eh, abang tak dengki yea. Cuma abang tak suka ada staff lelaki pandang isteri abang macam tu."
"Tahulah isteri kita comel macam sweet 16. Tapi, tak perlulah tenung gitu." Comel tengok Rayan yang mumbling. Hahaha.
"Sayang, pakai biasa-biasa sahaja. Lagipun, abang satu-satunya lelaki yang sayang cinta."
Aku duduk di kerusi yang telah diletakkan diatas pentas. Ismail berdiri di sisi sambil menghulurkan satu buku nota dan sebatang pen. "Nak buat apa?"
"Tulis apa yang sayang nak cakap dekat pihak media. Sebagai rujukan supaya sayang tak lupa dan tak tertinggal apa-apa." Jelas Ray. Dia asyik dengan iPadnya mungkin menguruskam hal kerja.
"How about you?"
"Abang, dah biasa dah. So, tak perlu."
"Berlagak." bisikku perlahan.
"Abang dengar apa yang sayang cakap tu." Matanya masih lekat di iPad.
Aku pun menukar pandang ke arah buku nota itu. Batang pen dimainkan dibibir. Apa yang nak dituliskan. Selepas, 2 3 minit perah otak aku leka dalam menulis semuanya.
Ray menoleh kearah isterinya. Mulut itu sudah diam. Dari tadi ada sahaja soalan dan perkara yang keluar dari bibir kecil itu. Ikon kamera ditekan. 'Klik.'
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
-CKK- Jangan lupa vote dan komen. Hope you guys enjoy it. 😉