BAB 43

38.3K 1.1K 4
                                        

"Siap dah pengantin perempuan?" Terdengar suara wanita disebalik pintu. Aku tidak nampak kerana ada tirai yang menghalang dari mengetahui siapakah yang bertanya.

"Jurumekap tengah pakaikan tudung. Kenapa?" tanya staff resort yang ditanggungjawab menguruskan aku. Ayu namanya. Setiap kali aku mahukan sesuatu sepanjang persiapan ini, dia pasti akan bantu menyediakan.

"Ada someone nak jumpa pengantin."

"Siapa?" Aku bertanya.

"A group of guys." Siapa agak-agaknya yang tak sabar jumpa dia sehinggakan tidak boleh lagi menunggu berjumpa dalam dewan. Nak dikatakan anak-anak, tak mungkin. Sebab Ray sudah pun menculik mereka ke biliknya untuk persiapan. Katanya ada surprise.

"Masuklah, saya dah siap pakai tudung." kataku memberi izin.

Engku Rafqal Amirullah, Raja Fairuz Amsyar, Tengku Najmi Ariffudin, Tengku Nik Amir sedang berdiri dibelakangku sambil bercekak pinggang. "Guys, I miss you all." kata ku kepada mereka. Nampak memek marah dimuka mereka dari pantulan cermin.

"Hahahaha. Apahal ni guys? Muka macam cencorot tercekik tanah. Hodoh tahu tak? Tak macho lansung." sambungku lagi.

"Nasib baik kau tu isteri Ray. Kalau tak dah lama luku kepala kau free-free je." kata Rafqal.

"Guys, kenapa ni?"

"Ishh." 4 jejaka yang tegak berdiri itu sepakat mendengus seperti naga yang ingin menghembus api.

"You ask us why? Why?" Tudia Nik nak marah. Takutnya kita 🙈.

"Yes, brothers. Sis tak tahu kenapa korang macam ni bercekak pinggang segala." jawabku.

"Eh budak kecik ni besar kecik besar kecik je aku tengok. Korang tahan aku, aku na luku kepala isteri Ray ni." kata Rafqal tadi. Kelakar bila tubuhnya yang ingin mnerkam aku betul-betul ditahan Nik, Najmi dan Amsyar.

Amsyar memandang lembut ke arahku, pandangannya seperti seorang abang kepada adik. "Kau buat kami risau tahu tak? Kami ni dah anggap kau macam adik kitaorang tapi kau hilangkan diri macam tu je. Bukan Ray sahaja tak senang duduk, kami pun rasa gelisah bila tahu kau hilang macam tu tanpa jejak. Dah lah hilang lepas majlis pertunangan Ray."

"Oh my God, sis terharu. Aku sayang korang juga. Koranglah abang-abang aku dan isteri korang kakak-kakak aku. Aku minta maaf sebab hilang macam tu. Tapi, benda tu semua dah lepas. Kini, aku dah buat keputusan berbaik semula dengan sahabat korang Ray." Sungguh terkesan dihatiku bila ada lagi insan yang sudi mengambil berat dan sayang akan diriku. Tapi, kerana sikap tidak matangku yang lari dari masalah tanpa jejak membuatkan orang-orang yang berada di Malaysia risau dan rindukan aku. Lagipun, semuanya dah berlalu. Biarlah perpisahan aku dan Ray merupakan ujian Allah dalam memperkukuhkan dan memperbaiki lagi rumah tangga kami.

"Dah siapkan budak ni?" tanya Amsyar kepada mak andam. Mak andam mengangguk.

"Come, let's go."

"Hah?"

"Kitaorang ni bridesmaid kau. Don't worry. Ray dah rancang semua baik punya." jelas Nik.

Lain dari yang lain bila aku diapit 2 jejaka di belah kanan dan 2 lagi jejaka di belah kiri. Bridesmaid a.k.a bodyguard. "Kenapa Ray suruh korang yang jadi bridesmaid? Bukan selalu perempuan ke yang jadi bridesmaid pengantin perempuan?" tanya aku. Tidak kisah pun sebenarnya, cuma hati ni meronta-ronta nak tahu.

"Ray cakap..."

Semua memandang Najmi. Ternanti-nanti jawapannya.

"Cakap apa?" desak aku bila hati gelojoh nak tahu.

"Ray cakap dia takut nanti dia tak tahu pengantin perempuan yang mana satu. Tak pun, bridesmaid tu bolehlah dia pilih jadi calon kouta yang ada 3 lagi."

"Ok, korang jadi bridesmaid aku. Jom gerak. Pape roger."

"Cool gila pengantin perempuan. Masih kekal macam anak dara. Tak apa lah, lepas ni honeymoon bagi kami anak buah. Ray pun dah selalu sangat ulit anak kami." adu Amsyar.

"Dia dah ulit anak dia sendiri dah pun."

"Anak sendiri?!" mereka jerit ditepi telinga aku. Eh, tak akan mereka masih tak tahu tentang kewujudan kembar 4.

"Jom, kita jumpa Ray dulu." ajakku sambil kamj diiringi Ismail.

-CKK-
Hope you guys enjoy read it. Belanja ni je dulu. 😘
Jangan lupa vote dan komen. Love you guys 😍.

Datuk or Dato'?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang