BAB 15

37.1K 1.3K 9
                                    

 "Awak nak pergi mana?" aku menegur Ray melangkah keluar dari pintu rumah. Tubuhnya tersarung t-shirt polo hitam dan dipadankan dengan jeans hitam. Rayban digantungkan di kolar baju. Macam nak pergi dating sahaja lagaknya.

"Aku ada hal dengan geng aku." Jawabnya dan tubuh itu hilang dari pandangan mata. Untuk pertama kali suaminya itu keluar pada hujung minggu berjumpa dengan gengnya. Teringat lagi minggu kedua mereka berkahwin, dia sendiri pernah bertanya tidak keluarkah lelaki itu menemui raka-rakannya. Tapi hanya dibalas dengan "Tak, sebab diaorang semua habiskan masa dengan isteri dan aku pun macam tu."

Tapi, ini. Padahal, keluarga suaminya baru sahaja meninggalkan rumah 30 minit yang lepas. Bosanlah aku macam ni. Nak buat apa ye.

Kini jam sudah menginjak pukul 8 malam. Tapi Ray masih lagi belum pulang ke rumah mereka. Aku berguling malas di atas katil. Lantas, aku bangun dan menuruni tangga. Tangan mengusap sofa yang menerbitkan kenangan manis diantara mereka berdua. Tapi,kekal ke kenangan itu jika hanya dari pihaknya sahaja mencintai.

"Puan, kenapa puan tidur disini?" Gayah mengejut isteri majikannya.

"Eh, Gayah. Pukul berapa dah ni?" Mata aku meliar mencari kelibat Ray. Walaupun hati berat mengatakan yang dia tidak pulang malam tadi.

"Pukul 10 pagi dah, puan."

"Astaghfirullahalazim, subuh. Terlepas." Mana tidaknya aku menahan daripada tidur. Walaupun tika itu jam di Astro sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Tak akan dia tidak masuk pejabat hari ni.

"Thanks kejutkan saya, Gayah." Aku melompat bangun dari sofa dan laju memanjat tangga.

Telefon yang berada di tangan sekejap di 'on' sekejap di 'off' kan oleh Aira. Gadis itu memikirkan sama ada dia perlu menelefon sahabat suaminya untuk bertanyakan keadaan suaminya itu atau tidak. Lafaz bismillah terucap dibibir Aira dan nombor telefon Najmi didail.

"Yes, sis. Can I help you?" suara Najmi di corong telefon menjawab seperti operator telefon.

"Assalammualaikum, bro."

Najmi menjawab salam. Tiada kata-kata dari Aira. "Kenapa sis? Tiba-tiba, call. Dato' Sri tu tak jeles ke?"

"Naj."

"Kenapa kau ni? Kalau senyap macam ni, baik tak yah call. Banyak kerja ni." Aira terkulat membisu. Rasa serba salah mengganggu waktu kerja Najmi.

"Sorry la. Aku just nak tanya, semalam kau orang balik pukul berapa yea?"

"Semalam. Aku duduk rumah je bermanja dengan isteri aku." Pergh tak bertapis lansung.

"Ray cakap kau orang ajak lepak tengah hari semalam." Beritahu aku.

"Eh mana ada. Kau merepek apa ni?" pertanyaan Najmi sudah cukup jelas pada aku. Siapalah aku untuk menghalang dia daripada keluar masuk dari rumah ni. Rumah ni pun milik dia, aku ni hanya menumpang sahaja dengan harta dan kesenangan yang dia ada.

"Tak ada apa-apa. Saja aku kenakan kau. Dah pergi sambung buat kerja kau. Mentang boss tak masuk suka pula kau ye ganti dia jadi boss."

"Kau salah telan ubat ke pagi ni? Boss aku tu suami kau. Suami kau masuk ofis je macam biasa, tapi siap dengan pakej seri pengantin lagi. Tersengih sorang-sorang." Apa yang berlaku sekarang ni?

"Naj, aku letak dulu. Bye. Kirim salam dekat isteri kau." Panggilan itu dimatikan. Aku memeluk teddy bear besar, hadiah dari Ray semalam. Kalau kau orang ingat, benda berbulu yang aku peluk waktu lampu terpadam tu. Mr. Teddybear ni la. 

Datuk or Dato'?Where stories live. Discover now